fbpx Skip to main content

Solat tarawih adalah solat yang paling dirindui oleh seluruh umat Islam ,bila tiba sahaja bulan Ramadan. Tapi, lepas balik solat tarawih, kaki akan rasa lenguh dan kebas kerana solat tarawih melibatkan pergerakan berulang yang banyak.

Maklumlah, bulan Ramadan ni cuma datang sebulan sahaja setahun. Sebab itu lah, umat Islam berpusu-pusu untuk melaksanakannya.  Setiap masalah yang terjadi mesti ada puncanya.

Solat tarawih hanya datang sebulan sahaja dalam setahun. Jadi, kekuatan otot yang kuat, amat lah penting ketika ini supaya ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna sepanjang bulan Ramadan.

5 Punca Rasa Lenguh Dan Kebas Kaki Selepas Solat Tarawih:

1. Kurang Regangan Sebelum Solat

Bila saraf kaki kurang diberikan regangan, kaki akan jadi kaku. Jadi bila melakukan pergerakan yang banyak, otot kaki akan terkejut dan akan berlaku kekejangan serta merta.

2. Kurang Minum Air Penyebab Lenguh Dan Kebas Kaki

Walaupun berpuasa, badan kita memerlukan air yang secukupnya untuk bantu melancarkan peredaran darah termasuklah otot. Oleh sebab itu, bila berlaku dehidrasi, otot jadi cepat letih dan mudah kejang. Amalkan minum air 2 gelas waktu sahur, 2 gelas waktu berbuka, 2 gelas selepas solat tarawih dan 2 gelas sebelum tidur.

3. Berat Badan Berlebihan Menyebabkan Lenguh Dan Kebas Kaki

Apabila berat badan berlebihan terjadi, bahagian kaki dan pinggang akan terasa lenguh kerana otot, sendi dan saraf telah menerima tekanan yang banyak. Tumit juga akan terasa sakit apabila berjalan dan berdiri kerana terpaksa menerima tekanan yang banyak disebabkan berat badan sendiri.

4. Makan Pemakanan Tinggi Garam Masa Berbuka

Lebihan pengambilan makanan yang masin boleh menyebakan dehirasi. Dalam garam terdapat sodium, jadi tugas sodium ni lah yang akan menarik air keluar dari sel-sel badan. Kenapa? Kerana bila dalam darah terlalu banyak garam,badan akan menarik lebih banyak air ke saluran darah supaya dapat mengimbangkan semula lebihan garam tadi.

5. Duduk Lama Lepas Berbuka

Apabila makan terlalu banyak,kemudian duduk terlalu lama boleh menyebabkan pergerakan darah jadi perlahan terutamanya di kawasan kaki. Jadi, akan berlaku pengumpulan darah yang menyebabkan kaki rasa berat, kebas dan lenguh.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan terapi manual dan elektroterapi oleh fisioterapis berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Fisioterapis kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Slip Disc/Sakit Belakang
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-Kanak