fbpx Skip to main content

Fisioterapi adalah rawatan yang penting untuk sakit belakang. Kenapa? Sebagai seorang fisioterapis, saya dah jumpa ramai sangat pesakit yang datang lewat selepas lama tanggung rasa sakit.

Selalunya mereka dah cuba pelbagai rawatan seperti urut, ubat, malah ada juga yang tunggu untuk pulih sendiri. Dan memandangkan rasa sakit makin teruk, mereka tiada pilihan lain dan datang juga berjumpa dengan kami.

Tapi… kenapa jadi macam tu?

  • Ada yang anggap rawatan pemulihan ni sesuai untuk atlet atau orang lepas pembedahan sahaja.
  • Ada pula fikir kena dapat surat rujukan doktor dulu.
  • Ramai juga sebenarnya tak tahu pun fisioterapi boleh bantu masalah sakit belakang.

Jadi… Macam Mana Nak Ubah Persepsi?

1. Sebarkan Kesedaran Tentang Fisioterapi

Gunakan media sosial untuk beri pendedahan tentang manfaat rawatan ini berbanding hanya bergantung kepada ubat atau urut. Pendekatan ini bantu rawat punca, bukan sekadar hilangkan simptom.

2. Edukasi Orang Awam Dan Pengamal Kesihatan Lain

Rawatan ni bukan “last option”, tapi patut jadi langkah pertama. Bila dirawat awal, risiko otot jadi lemah atau kaku secara kekal boleh dikurangkan.

3. Tak Semestinya Perlukan Surat Rujukan Untuk Dapatkan Rawatan Fisioterapi

Anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor. Sesiapa pun boleh datang terus untuk dapatkan konsultasi dan kami akan berikan rawatan apa yang sesuai dengan anda.

4. Kerjasama Antara Profesyen Kesihatan

Kami bukan bergerak sendiri-sendiri, tapi bekerjasama dengan doktor, jururawat, pakar ortopedik, farmasi dan lain-lain. Misalnya, kalau pesakit sakit belakang datang ke pusat kami, mungkin kami akan rujuk semula ke doktor untuk X-ray, atau minta nasihat pakar pemakanan jika berat badan jadi faktor penyumbang.

5. Sokong Perubahan Dasar Kesihatan

Sekarang ni, fisioterapi semakin diiktiraf sebagai barisan hadapan dalam penjagaan masalah otot dan sendi. Mereka sepatutnya merujuk terus kepada kami terlebih dahulu, sebelum mendapatkan rawatan daripada pakar lain, bukan tunggu sampai teruk baru cari bantuan.

Bila kita semua main peranan, lebih ramai boleh dapat rawatan tepat pada waktunya dan itulah yang paling penting.
Bantu orang hidup dengan lebih bebas, tanpa beban sakit belakang ❤

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc/Sakit Belakang
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak