fbpx Skip to main content

Penggunaan ais (rawatan sejuk) dan haba (rawatan panas) adalah rawatan yang sangat mudah dan pantas terutama dalam merawat masalah muskuloskeletal. Kedua-dua kaedah rawatan ini akan mengurangkan kesakitan pada kecederaan tisu dan otot secara semula jadi (Garra, 2010). Memandangkan fungsi kedua-dua rawatan ini adalah bagi mengurangkan kesakitan, berikut adalah nasihat daripada Fisioterapis mengenai perbezaan penggunaan rawatan secara terperinci.

Apakah itu rawatan haba/ rawatan panas?

Dalam istilah perubatan, rawatan haba juga dikenali sebagai heat therapy. Ia merupakan sejenis rawatan terapeutik yang akan menyebabkan peningkatan suhu dalam tisu dan badan. Antara jenis rawatan heat therapy ialah, pek panas (hot pack), Shortwave, Infrared dan lain-lain. Semua modaliti ini mempunyai kesan patofisiologi seperti meningkatkan suhu dalam tisu, meningkatkan metabolisme, melancarkan pengaliran darah serta meregangkan ketegangan tisu. (Gambarajah 1).

Apakah itu rawatan ais/ rawatan sejuk?

Rawatan ais pula merupakan rawatan terapeutik yang boleh menurunkan suhu dalam tisu. Apakah yang dimaksudkan dengan menurunkan suhu dalam tisu? Berbeza dengan rawatan panas, rawatan ais/sejuk dapat mengurangkan proses inflamasi, bengkak, mengurangkan pengaliran darah akibat luka dan ketegangan tisu. Contoh modaliti ais yang sering digunakan oleh Fisioterapi adalah seperti pek ais, cold bath, dan ice massage. Gambarajah di bawah menunjukkan kesan-kesan kedua-dua rawatan.

Bilakah anda perlu menggunakan rawatan ais dan rawatan haba?

Rawatan Ais

Apabila menggunakan rawatan ais, vasoconstriction (pengecutan saluran darah) akan berlaku yang seterusnya dapat mengurangkan bengkak dan proses inflamasi. Penurunan suhu dalam tisu akan memberi kesan analgesik dan kebas untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.

Oleh itu, rawatan ais sering digunakan dalam masa 24-48 jam selepas kecederaan berlaku dan fasa ini juga dikenali sebagai fasa acute (akut) (Bleakley, 2004) dan (Watson, 2008).

Rawatan Haba

Vasodilation (pengembangan pada saluran darah) akan berlaku apabila menerima rawatan haba. Proses dilatasi ini akan mempercepatkan pengaliran darah dan seterusnya membawa lebih nutrien dan oksigen kepada tisu yang ingin dirawat (Cameron, 2009, p.156).

Lazimnya, rawatan haba merupakan rawatan yang sesuai untuk digunakan dalam fasa chronic (kronik).

Rawatan ais dan haba sememangnya mudah dan selamat digunakan, tetapi pengguna harus berwaspada dengan risiko semasa menerima rawatan tersebut.

Kesimpulannya, terapi ais dan haba seharusnya digunakan mengikut kesesuaian dan jenis kecederaan yang dialami. Penggunaan rawatan yang betul akan mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesakitan, mengurangkan atau menghentikan pendarahan, mengurangkan bengkak dan meningkatkan kelenturan otot yang maksima. Ini semua membantu penyembuhan tisu. Sekiranya rawatan-rawatan ini tidak dilaksanakan dengan betul, ia akan memudaratkan penyembuhan ataupun menjadikan keadaan lebih teruk.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply