Tanda awal stroke atau gejala stroke berlainan mengikut individu, tapi biasanya muncul dengan tiba-tiba. Kerana kita tahu bahawa otak memiliki bahagian tertentu untuk fungsi tertentu, maka gejala stroke akan bergantung pada bahagian otak mana yang terkena, sehingga yang terganggu adalah fungsi bagian otak tersebut.
Walau demikian, ada petunjuk mudah bagi kita untuk mengenali gejala stroke yang utama dan ini dapat diingat dengan mudah sehingga bisa dilakukan dengan cepat. Disebut dengan metode FAST yang merupakan singkatan dari Face-Arms-Speech-Time.
Berikut penjelasannya:
TANDA AWAL STROKE (F. A. S .T)
F huruf pertama dari FAST bermaksud face ataupun wajah.
Wajah orang yang terkena serangan stroke perlu diperhatikan. Kita meminta penderita tersenyum dan perhatikan apakah wajahnya berubah menjadi tidak simetri atau “jatuh” ke satu sisi.
Huruf kedua dari FAST adalah A yang ertinya Arm atau lengan
Dimana penderita stroke akan susah mengangkat kedua tangan atau kelemahan pada salah satu lengan.
Kita meminta penderita untuk mengangkat kedua tangannya ke atas dan perhatikan, apakah satu tangan jatuh atau tidak terangkat sepenuhnya.
Seterusnya ialah huruf S atau Speech yang bererti percakapan.
Penderita stroke biasanya mengalami kesulitan bercakap.
Kita meminta penderita untuk mengucapkan nama atau meminta menyebutkan kembali beberapa perkataan yang kita ucapkan.
Perhatikan apakah penderita mampu berbicara seperti biasanya atau kesulitan untuk mengulangi.
Terakhir ialah, TIME (Waktu)
Setiap waktu sangatlah berharga, jadi sekarang adalah masanya untuk menghubungi ambulans atau membawa pesakit ke ’emergency’ secepat mungkin, ketika melihat salah satu tanda-tanda atau gejala-gejala stroke di atas.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.