fbpx Skip to main content

Kasut tumit tinggi dan wanita memang sukar untuk dipisahkan. Kebanyakan wanita memakai kasut tumit tinggi untuk tampak cantik dan bergaya. Sesetengah orang rasa berkeyakinan tinggi bila memakainya dan bila tak pakai rasa ada benda yang tak lengkap. Betul tak? Namun sebenarnya pemakaian kasut tumit tinggi mempunyai kesan yang buruk.

Dalam jangka masa yang panjang, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Benarlah kata orang “Beauty Is Pain”.

Jom kita tengok apa akibatnya bila selalu sangat pakai kasut tumit tinggi.

1. Terseliuh Kaki

Bagi sesiapa yang memakai kasut tumit tinggi, mesti pernah mengalami sekurang-kurangnya satu episod jatuh atau tersadung kan masa mula-mula belajar pakai dulu. Lebih-lebih lagi kalau di tempat permukaan yang tak rata. Bila berjalan akan nampak seperti penguin sebab gigih mengawal untuk imbangkan badan. Rasa tak selesa bila berjalan.

Apabila jatuh, kaki akan terseliuh dan kemungkinan ligament kaki akan terkoyak. Kaki di bahagian buku lali akan membengkak dan rasa sakit sewaktu berjalan.

2. Postur Badan Melengkung

Tahukah anda memakai kasut tumit tinggi secara tidak langsung akan mengubah postur badan? Semasa berdiri, bahagian atas badan atau dada akan terkehadapan manakala bahagian bawah badan atau pinggul akan ke belakang.

Tulang belakang juga nampak melengkung dan cara berjalan pun berubah daripada orang normal yang tidak memakai kasut tumit tinggi.

3. Sakit Belakang

Kesan daripada postur badan atau tulang belakang melengkung ialah akan rasa lenguh dan sakit di bahagian belakang. Wanita yang memakai kasut tumit tinggi mudah untuk mengalami sakit belakang yang teruk disebabkan berat badan tertumpu di belakang yang lebih rendah. Ini akan menghasilkan masalah tulang belakang yang kronik jika pengguna tetap meneruskan untuk memakainya setiap hari. Kemungkinan akan terjadinya lumbar lordosis yang melampau.

4. Saluran Darah Terganggu

Saluran darah juga boleh terganggu apabila kasut tumit tinggi menekan jari kaki. Memakai kasut tinggi yang runcing di bahagian depan pastinya akan membuat kaki tampil lebih cantik. Tapi AWAS ! Jangan seksa kaki tak tentu pasal. Kaki akan mengecut dan jika paksa kaki untuk muat ke dalam ruang kasut yang sempit serta  tidak menepati bentuk kaki anda, ia akan menyeksa jari-jari kaki. Keadaan ini selalunya akan menjejas sendi jari kedua di sebelah ibu jari kaki.

Apabila ia tertekan jari kaki terpaksa membengkok ke bawah kerana kasut terlalu ketat atau sendat. Salur darah di bahagaian tersebut juga akan terhimpit atau tertekan. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk lagi jika salur darah pecah. Pemakai kasut tumit tinggi akan berasa kebas di bahagian jari-jari kaki ataupun kaki.

5. Sakit Lutut

Wanita yang kerap memakai kasut tumit tinggi akan menambahkan beban pada lutut di bahagian dalam. Di bahagian inilah tempat yang selalu wanita diserang penyakit osteoartritis. Berdasarkan beberapa kajian, tekanan yang hadir pada sendi lutut boleh meningkatkan sehingga 26% jika anda memamakai kasut tinggi.

Kesimpulannya, nak pakai kasut tumit tinggi boleh cuma jangan pakai dalam tempoh yang lama sehingga menjadi kebiasaan. Pakai ketika waktu majlis-majlis penting sahaja seperti majlis kenduri dan majlis makan malam. Elakkan memakai lebih daripada empat kali seminggu dan pastikan ada sekurang-kurangnya dua hari di antaranya.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply