Sakit leher setelah bangun tidur sangat kerap berlaku. Tanda-tanda yang biasa dialami ialah akan rasa sakit dan sukar untuk menggerakkan leher terutamanya nak berpusing ke kanan dan ke kiri.
Jangan sesekali pandang remeh dengan masalah ini kerana ia boleh jadi semakin teruk jika dibiarkan. Yang lebih kita risaukan ialah menganggu aktiviti kehidupan seharian.
Antara perkara yang perlu diambil kira untuk mengelakkan sakit leher setelah bangun tidur ialah pemilihan bantal yang bersesuaian. Iaitu tidak terlalu tebal atau nipis supaya tulang dan otot leher dalam keadaan yang rehat.
Pernahkan anda merasakan leher kaku setelah bangun tidur?
(Perhatikan tulang belakang dalam gambar mestilah lurus dari leher sehinggalah ke bahagian bawah badan).
Anda juga harus memastikan ruang antara leher dan bahu diisi sepenuhnya dengan bantal.
Kenapa selalu berlaku masalah ini?
Selain masalah bantal, posisi tidur juga berperanan penting untuk mengelakkan sakit leher setelah bangun tidur. Posisi tidur yang salah dapat menyebabkan leher kaku setelah bangun tidur.
Sebaik-baiknya ialah tidur dalam keadaan menelentang ataupun mengiring. Pastikan bantal diletakkan di kepala dan bawah lutut semasa tidur menelentang.
Manakala semasa mengiring pula, pastikan bantal diletakkan di kepala dan di antara lutut untuk mengurangkan tekanan di bahu, pinggul dan belakang.
Elakkan tidur dalam posisi meniarap kerana ia menyebabkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama dan menjadi kaku. Tidur meniarap juga memberi kesan yang buruk kepada tulang belakang.
Melakukan regangan untuk otot leher kerana otot leher yang tegang juga menjadi punca rasa sakit. Oleh itu, untuk mengelakkan sakit leher sewaktu bangun tidur ialah melakukan regangan leher secara berkala.
Dengan senaman ini, ia akan meningkatkan fleksibiliti otot dan mengurangkan kadar kecederaan di leher.
Semoga tips ini memberi manfaat buat anda semua. Selamat mencuba dan kongsikan tips ini ya !
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.