‘Plantar fasciitis’ ialah satu kondisi yang terjadi apabila kesakitan menyerang di bahagian bawah tumit. Anda pernah tak mengalami masalah sakit tumit tetapi tak tahu apa puncanya.
“Aduhh..sakitnya tapak kaki ni”
“Rasa berdenyut-denyut dan macam, terbakar”
“Kenapa ya??”
AMARAN! ANDA MUNGKIN MENGALAMI PLANTAR FASCIITIS!!
Ia berlaku apabila kumpulan tisu kuat yang menyokong lengkungan kaki menjadi radang dan sakit.
‘Plantar fascia’ adalah ligamen panjang yang nipis, terletak betul-betul di bawah kulit bahagian bawah kaki . Ia menghubungkan antara tumit ke bahagian depan kaki, dan menyokong lengkungan kaki.
Bagaimana Plantar Fasciitis boleh terjadi?
Fungsi ‘plantar fascia’ ini adalah untuk menyerap tekanan dan beban yang kita letakkan kepada kaki. Walau bagaimanapun, tekanan yang terlalu berat boleh merosakkan tisu ini.
Akibatnya, tisu tadi menjadi radang. Ianya merupakan tindak balas semula jadi tubuh kita terhadap kecederaan yang berlaku tadi. Keradangan inilah yang menyebabkankan sakit pada tumit dan plantar fasciitis.
Adakah anda mengalaminya?
- Dalam kebanyakan kes, ‘plantar fasciitis’ berlaku tanpa punca spesifik yang boleh dikenalpasti. Akan tetapi, terdapat banyak faktor yang boleh membuat anda lebih berisiko untuk mendapat ‘plantar fasciitis’ ini:
- Otot betis yang terlalu keras/tegang
- Obesiti
- Lengkung tapak kaki yang terlalu tinggi
- Aktiviti yang sentiasa berulang dan terlalu kerap (berjalan / sukan)
Gejala-gejala plantar fasciitis yang sering berlaku
- Sakit di bahagian bawah kaki berhampiran tumit
- Berlaku semasa beberapa langkah pertama selepas keluar dari katil pada waktu pagi, atau selepas berehat lama, seperti selepas menaiki kereta. Kesakitan menyusul selepas beberapa minit berjalan kaki
- Selepas bersukan atau aktiviti yang berimpak tinggi pada kaki, kesakitan yang menjadi semakin teruk
Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kesan-kesannya boleh menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Akhirnya, mengganggu kualiti kehidupan anda.
Tip Mencegah Dari Sakit Tumit Kaki
Ada beberapa tip atau langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengelak dari kecederaan sakit tumit. Diantara langkah yang perlu diambil ialah:
- Bagi wanita elakkan pakai kasut tumit tinggi
- Gunakan kasut yang sesuai melakukan sesuatu aktiviti
- Mengawal gaya hidup yang sihat dengan pemakanan yang sihat
- Jaga pemakanan untuk kawal berat badan, elak berat badan berlebihan
- Regangkan otot sebelum melakukan sebarang aktiviti
- Apabila bangun tidur elakkan terus berjalan tetapi duduk dahulu dan buat sedikit senaman untuk tapak kaki. Pusing dan gerakkan kaki beberap minit sebelum bangun berdiri.
- Rendam kaki dalam air suam, rasa lega sangat cara ini
Apakah Rawatan Terbaik untuk Plantar Fasciitis?
Oleh kerana biomekanik kaki yang salah menjadi penyebab utama plantar fasciitis, penting untuk menilai dengan teliti dan membetulkan biomekanik kaki untuk mengelakkan episod plantar fasciitis pada masa hadapan atau perkembangan atau perkembangan heel spur.
Ahli fisioterapi adalah sangat mahir dalam penilaian kawalan kaki dan pembetulan biomekanik. Antara rawatan pakar fisioterapi anda mungkin memberi anda teknik terapi manual seperti mobilasi tulang untuk melonggarkan sendi kaku, urutan tisu lembut, kelenturan atau regangan otot, taping kaki, dan latihan menguatkan bahagian bawah badan.
Rawatan plantar fasciitis berbeza dari orang ke orang jadi sila dapatkan nasihat dari ahli fisioterapi terlebih dahulu.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.