fbpx Skip to main content

Persoalan berkenaan apakah perbezaan antara fisioterapi dengan chiropractic adalah antara perbualan hangat dalam kalangan orang awam?

Terdapat beberapa perbezaan yang jelas antara profesion-profesion tersebut, namun soalan yang tepat untuk ditanya adalah mengapa saya perlu memilih fisioterapi untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi?

Secara ringkasnya, perbezaan utama antara fisioterapi dengan chiropractic adalah dari segi falsafah (apa yang mereka percaya). Perbezaan ketara boleh dilihat dari segi pendekatan praktikal dalam bidang masing-masing.

FISIOTERAPI vs CHIROPRACTIC

Apakah masalah yang boleh ditangani oleh ahli fisioterapi?

Ahli fisioterapi merawat pelbagai jenis kecederaan mahupun kesakitan yang pesakit hadapi seperti stroke, sakit belakang, sakit bahu, sakit lutut, kecederaan sukan dan masalah kanak-kanak. Tujuan utama fisioterapi adalah untuk mengembalikan fungsi fizikal pesakit seperti sedia kala.

Fisioterapi membantu pesakit:

  • Mengurangkan kesakitan
  • Mendapatkan semula fungsi sendi yang normal
  • Membantu atlet untuk kembali kepada sukan selepas mengalami kecederaan
  • Merangka rehabilitasi selepas pembedahan
  • Mendapatkan penilaian biomekanik dan ergonomik yang lengkap
  • Mempraktikkan senaman yang bersesuaian
  • Memberikan nasihat mengenai postur badan

Rawatan yang diberikan ke atas pesakit lazimnya melibatkan terapi manual ataupun hands-on, elektro terapi senaman, nasihat dan penilaian ergonomik, dan lain-lain pendekatan yang bersesuaian dengan masalah pesakit.
Nasihat juga akan diberikan mengenai bagaimana menguruskan kecederaan yang dihadapi di samping memberikan beberapa senaman yang boleh dilakukan di rumah. 

 

Perbezaan antara fisioterapi dan chiropractic

Ahli fisioterapi dilatih untuk mengenalpasti pelbagai jenis keadaan atau kecederaan pesakit. Hal ini membolehkan ahli fisioterapi merawat masalah-masalah yang melibatkan kecederaan dan lemah otot.

Walaubagaimanapun, chiropractor hanya fokus pada masalah yang melibatkan tulang belakang semata-mata. Oleh sebab itu mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk melihat masalah secara keseluruhan yang mungkin berkaitan dengan masalah yang dihadapi pesakit.

Bukan itu sahaja, ahli fisioterapi juga menekankan perihal teknik terapeutik yang menyeluruh atau komprehensif yang menyumbang kepada peningkatan kekuatan tubuh badan dan menjadikan tubuh lebih sihat. 


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply