JANGAN AMBIL MUDAH SEBAB ORANG MUDA PUN BOLEH KENA ! ELAKKAN 5 PERKARA INI !
1. DUDUK LAMA
Memang sakit lutut kalau kita banyak berjalan.
Tetapi, sebenarnya duduk terlalu lama juga boleh melemahkan otot terutamanya otot lutut. Sesekali bangunlah dari kerusi dan berjalan. Ubah posisi setiap 30 minit
2. TERJATUH
Sakit lutut menyebabkan cara anda berjalan tidak berapa stabil, dan secara tidak langsung berisiko tinggi untuk jatuh. Jadi, untuk mengelakkan jatuh, pegang pada pemegang tangga dengan kuat jika naik dan turun tangga.
3. SENAMAN BERIMPAK TINGGI
Bersenam memang digalakkan tapi jangan lakukan senaman seperti melompat, berlari dan mencangkung kerana ia menambah lagi tekanan pada lutut dan menyebabkan kesakitan pada lutut semakin bertambah. Hal ini kerana otot-otot lutut memerlukan rehat yang secukupnya daripada sebarang tekanan beban.
Digalakkan untu melakukan senaman yang mudah dan perlahan.
4. PAKAI KASUT YANG TIDAK SESUAI
Elak memakai kasut yang boleh memberi tekanan pada kaki. Maka, janganlah memilih kasut yang cantik dari luaran saja tanpa memberi perhatian kepada bahagian tapaknya.
Jika masih tidak selesa, letak cushion insoles dalam kasut untuk mengurangkan tekanan pada lutut sewaktu berjalan. Aksesori ini boleh dibeli di kedai kasut atau farmasi.
5. MENCANGKUNG DALAM TEMPOH LAMA
Mencangkung terlalu lama boleh menyebabkan kecederaan pada tisu otot. Jadi, lakukan kerja dengan selesa secara duduk di atas bangku yang rendah.
Cegah masalah sakit lutut sebelum melarat kerana anda memerlukannya dalam masa yang lama. Memang tak boleh nak pergi mana-mana kalau sudah sakit lutut kerana ia menghadkan pergerakan. Jalan pun tidak selesa dan tidak stabil kerana menahan sakit. Jadi, jagalah kaki dan lutut anda dengan sebaik mungkin.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.