Hipotensi postur berlaku apabila terdapat penurunan tekanan darah dengan mendadak semasa pertukaran postur daripada posisi baring ke posisi berdiri.
Apabila ini berlaku, anda mungkin akan berasa pening dan kadang-kadang akan mengakibatkan pitam tetapi dalam masa sekejap sahaja. Gejala ini berlaku dengan serta-merta selepas pertukaran postur, atau dalam jangka masa 5 hingga 10 minit selepas pertukaran postur.
Terjadi keranana ketika berdiri,darah akan berkumpul banyak di bahagian bawah akibat daya graviti dan mengurangkan peredaran darah ke bahagian atas seperti otak dan jantung. Jadi,apabila ,ketika peredaran darah tidak mencukupi maka muncul lah gejala-gejala hipotensi postur ini.
GEJALA-GEJALA HIPOTENSI POSTUR
Apabila anda duduk atau berdiri dari posisi berbaring, anda mungkin mengalami tanda-tanda berikut:
- Rasa pening
- Penglihatan yang kabur
- Mual
- Badan lemah
- Rasa hendak pengsan
- Pitam
APAKAH PUNCA DAN FAKTOR RISIKO HIPOTENSI POSTUR?
Punca utama ialah:
- Dehidrasi atau badan kekurangan kandungan air. Ini mungkin berlaku jika anda tidak mengambil air yang cukup, mengeluarkan terlalu banyak air kencing atau jika anda kehilangan sejumlah besar darah.
Faktor risiko hipotensi ortostatik pula ialah:
- Mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas . Ini kerana apabila sudah berusia,jantung akan semakin lemah ,dan tekanan darah an kasemakin rendah.
- Mengambil ubat-ubatan tertentu seperti ubat yang digunakan untuk mengubati -tekanan darah tinggi atau penyakit jantung, seperti diuretik, alpha blockers, beta blockers, calcium channel blockers, inhibitor angiotensin-converting enzyme (ACE) dan nitrat.
BAGAIMANA BOLEH MENCEGAH ATAU MENGURANGKAN GEJALA HIPOTENSI POSTUR?
1) Bangun secara perlahan daripada posisi duduk atau berbaring bagi memberi badan anda masa yang cukup untuk menyesuaikan diri. Ini adalah penting terutamanya apabila anda bangun dan turun dari katil pada waktu pagi kerana badan anda telah berada pada posisi baring untuk masa yang lama.
2) Semasa berdiri, pastikan ada sesuatu yang stabil berdekatan dengan anda untuk dipegang sekiranya anda mula berasa pening.
3) Elakkan aktiviti berat yang boleh membawa kepada peluh berlebihan semasa cuaca panas.
4) Minum air yang mencukupi.
5) Elakkan minum minuman beralkohol berlebihan.
6) Tidur dalam posisi meninggikan kepala dan apabila bangun tidur, biarkan kaki anda tergantung turun daripada katil dahulu.
7) Melakukan senaman regangan selepas bangun tidur dan sebelum berdiri.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.