Seramai 35% peratus warga emas berumur 70 tahun dan ke atas mengalami masalah berjalan. Masalah berjalan melibatkan banyak faktor contohnya, kelajuan berjalan (kelajuan berkurangan), kehilangan keseimbangan dan koordinasi pergerakan.
Untuk warga emas, kelajuan berjalan, masa bangun dari posisi duduk dan kebolehan untuk menyeimbangkan badan adalah tanda-tanda penting pada kebolehan warga emas melakukan aktiviti seharian seperti membeli-belah, memandu, memasak dan lain-lain.
Masalah Berjalan Dalam Kalangan Warga Emas
Kebolehan untuk berjalan tanpa bantuan memerlukan daya tumpuan yang baik, kekuatan dan kawalan otot yang kuat agar rangsangan deria rasa dan pergerakan otot dapat dikoordinasi dengan baik.
Sebab-sebab masalah berjalan
Masalah berjalan dikalangan warga emas selalunya disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan gangguan atau ketidakseimbangan gait adalah:
- Penyakit Neurodegeneratif seperti Penyakit Parkinson, angin ahmar/strok, penyakit cerebelar dan nyanyuk.
- Masalah Otot dan Tulang seperti perubahan degeneratif pada sendi buku lali, lutut atau pinggung dan menjadi bongkok.
- Kekurangan deria rasa seperti masalah penglihatan.
- Kesan sampingan ubat-ubatan dan alkohol
- Masalah psikiatrik seperti takut jatuh.
- Sebab-sebab lain seperti kecederaan.
Diagnosis
Doktor akan mengenalpasti sebanyak mungkin faktor-faktor penyumbang terhadap masalah berjalan.
Diagnosis boleh dikenalpasti melalui cara:
- Perbincangan dengan doktor mengenai segala kerisauan dan masalah berkaitan pergerakan/mobility. Sasaran mengenai apa yang boleh dan perlu dicapai juga akan dibincangkan.
- Doktor juga akan membuat pemerhatian ke atas cara anda berjalan sama anda dengan atau tanpa alat bantuan .
- Penilaian ke atas semua masalah berkaitan gait akan dijalankan. .
Penilaian secara menyeluruh termasuklah:
- Sejarah pesakit– Meliputi sejarah perubatan lampau dan isu-isu berkaitan gait. Contohnya sejarah jatuh yang terdahulu, kesukaran semasa menaiki tangga atau bangun daripada posisi duduk. Pening semasa perubahan posisi (contohnya dari duduk ke bangun) Juga akan ditanya. Sejarah pengambilan ubat-ubatan adalah penting; contohnya ubat anti psikotik mungkin menyebabkan cara berjalan warga emas seperti pesakit Parkinson.
- Pemeriksaan Fizikal– Pemeriksaan fizikal yang teliti perlu dilakukan dengan perhatian khas pada pemeriksaan sistem otot dan tulang, sistem saraf dan kognitif.
- Penilaian cara berjalan– Penilaian cara berjalan secara rutin boleh dilakukan oleh doktor di klinik kesihatan primer tetapi masalah berjalan yang lebih kompleks perlu dinilai oleh doktor pakar.
- Pengimejan– Pengimejan kadang-kadang perlu dijalankan, contohnya CT scan atau MRI otak dilakukan untuk mengenalpasti masalah pada bahagian otak.
Komplikasi masalah berjalan
Pengurangan pergerakan disebabkan oleh masalah berjalan boleh menjejaskan kualiti hidup warga emas dan meningkatkan morbiditi dan kematian disebabkan oleh jatuh.
Rawatan
Rawatan adalah bergantung kepada masalah yang telah dikenalpasti dan terdiri daripada rawatan fisioterapi, ubat-ubatan dan terapi tingkahlaku. Jika aktiviti fizikal yang membabitkan pengembangan otot seperti mengelap lantai dan naik turun tangga dilakukan secara berterusan mengikut jangka masa yang ditetapkan, ia juga boleh menjadi satu senaman. Sesetengah intervensi boleh menyebabkan penambahbaikan cara berjalan dan fungsi warga emas, contohnya:
-
Latihan kekuatan
Program senaman boleh membantu warga emas yang mempunyai masalah pergerakan. Senaman ini boleh meningkatkan kekuatan dan kelajuan berjalan, terutamanya untuk warga emas dengan pergerakan yang perlahan. Walaubagaimanapun, ini perlu dilakukan secara berhati-hati dan perlahan-lahan untuk mengelakkan warga emas berasa letih. Ini juga disebabkan warga emas mungkin mempunyai penyakit lain termasuklah penyakit jantung.
-
Latihan keseimbangan
Pesakit warga emas dengan masalah keseimbangan boleh mendapat faedah dengan latihan keseimbangan. Latihan keseimbangan merupakan latihan yang paling penting untuk mengurangkan risiko jatuh dalam kalangan warga emas.
-
Alat-alat bantuan
Alat-alat bantuan boleh menolong warga emas mengekalkan keupayaan bergerak dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Contoh alat bantuan ialah tongkat.
Pencegahan
Bagi warga emas, peningkatan aktiviti fizikal boleh membantu mengekalkan kebolehan bergerak. Pesakit perlu dinasihatkan untuk meningkatkan kelajuan dan tempoh berjalan secara beransur-ansur dalam beberapa bulan. Pencegahan masalah berjalan termasuklah senaman dan latihan keseimbangan.
Kredit kepada : Portal KKM
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.