fbpx Skip to main content

Runner’s knee atau  pun nama lainnya ialah Sindrom Patellofemoral adalah penyakit biasa dihadapi dalam  kalangan pelari. Walaupun begitu, ianya  juga boleh menyerang mana-mana atlet yang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan lutut dibengkokkan seperti berjalan, berbasikal, dan melompat. Ia biasanya menyebabkan sakit di sekitar tempurung lutut.

SIMPTOM RUNNER’S KNEE

Gejala Runner’s Knee adalah:

  1. Sakit di belakang atau sekitar tempurung lutut, terutamanya di mana thighbone dan tempurung lutut bertemu.
  2. Rasa sakit apabila anda membengkok lutut – apabila berjalan, mencangkung, melutut, berlari, atau duduk.
  3. Sakit yang lebih teruk lagi apabila berjalan turun tangga atau bukit.
  4. Bengkak.
  5. Terasa seperti pop atau pergeseran di lutut ketika melakukan aktiviti.

PUNCA RUNNER’S KNEE

Antara penyebab terjadinya runner’s knee adalah :

  1. Pengunaan Berlebihan.Pergerakan berulang seperti gerakan membengkokkan lutut boleh menyebabkan iritasi saraf di permukaan tempurung lutut. Ini menyebabkan berlakunya regangan tendon yang melampau yang menyebabkan kesakitan lutut pelari.
  2.  Trauma secara langsung ke lutut, seperti terjatuh.
  3.  Salah jajaran(misalignment). Jika mana-mana tulang berada sedikit lari daripada kedudukan yang betul, tekanan fizikal tidak akan sama rata melalui badan. Bahagian-bahagian tertentu badan mungkin menanggung berat badan terlalu banyak. Ini boleh menyebabkan kesakitan dan kerosakan kepada sendi. Kadang-kadang, tempurung lutut itu sendiri adalah sedikit lari daripada kedudukan sebenar.
  4. Masalah dengan kaki.Runner’s Knee terhasil dari tapak kaki yang rata, juga dikenali sebagai fallen arches atau overpronation. Ini adalah suatu keadaan di mana tekanan ketika melangkah menyebabkan tapak kaki anda jatuh dengan meregangkan otot dan tendon.
  5. Otot peha tidak seimbang. Kekuatan otot Quadriceps mungkin melebihi kekuatan otot Hamstrings, atau sebaliknya. Iliotibial Band memendek juga menarik tempurung lutut ketepi(lateral) dan mengakibatkan sakit.

RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK RUNNER’S KNEE

Bagi yang beru terjadi masalah runner’s knee atau di dalam tahap awal, dinasihatkan untuk :

1. Merehatkan lutut. Sebanyak mungkin, cuba untuk mengelakkan meletakkan berat badan pada lutut anda.

2. Letakkan ais pada lutut untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Lakukan ia untuk 20-30 minit setiap 3-4 jam untuk 2-3 hari, atau sehingga kesakitan itu hilang.

3. Balut (Compress) lutut anda. Gunakan pembalut elastik untuk memberikan lutut anda sokongan tambahan.

4. Tinggikan lutut anda di atas bantal apabila anda duduk atau berbaring.

5. Ambil ubat penahan sakit anti -radang. Ubat anti -radang Nonsteroidal, seperti Advil, Aleve, atau Motrin akan membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.

6. Amalkan regangan dan latihan pengukuhan(bebanan rendah)

Bagi yang tahap kronik, dapatkan pemulihan fisioterapi yang intensif, seperti melakukan :

1. Senaman kekuatan otot peha

2. Senaman regangan otot peha

3. Senaman keseimbangan

4. Ultrasound

BAGAIMANA MENCEGAH RUNNER’S KNEE?

Ada banyak yang boleh dilakukan untuk mencegah Runner’s knee.

  1. Pastikan otot paha cukup kuat, iaitu dengan melakukan regangan dengan kerap.
  2. Gunakan orthotics untuk kasut anda – jika anda mempunyai kaki rata atau masalah kaki yang lain yang boleh membawa kepada Runner’s Knee.
  3. Pastikan kasut anda mempunyai sokongan yang cukup.
  4. Elakkan berlari di atas permukaan keras, seperti konkrit.
  5. Menjaga berat badan yang sihat.
  6. Jangan meningkatkan intensiti latihan dengan mendadak. Buat perubahan secara perlahan-lahan.
  7. Pakai pendakap lutut semasa bersenam, jika anda pernah mendalami Runner’s knee sebelum ini.
  8. Gunakan kasut sukan berkualiti semasa melakukan aktiviti fizikal dan hentikan penggunaan kasut tersebut apabila tapak dan bentuknya telah berubah atau rosak.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply