fbpx Skip to main content

Sakit belakang merupakan masalah utama bagi masyarakat Malaysia. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih tidak tahu apakah punca terjadinya sakit belakang. Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (disc) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

Ketahui 5 punca terjadinya sakit belakang:

1. POSTUR MENGANGKAT BARANG:

Postur yang salah ketika mengangkat barang adalah punca yang paling banyak berlaku. Selain itu, masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda merasakan kesakitan apabila melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.

2. KECEDERAAN:

Kecederaan pada tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang sama ada bersifat sementara atau kronik.

3. PENYAKIT:

Terdapat banyak masalah boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah sakit belakang. Ini termasuklah:-

  1. Scoliosis – Lengkungan pada tulang belakang, biasanya mengakibatkan rasa sakit sehinggalah seseorang yang mengalaminya telah tua.
  2. Spondylolisthesis – Salah satu tulang belakang terdorong ke bahagian hadapan.
  3. Spinal stenosis – Penyempitan pada ruas tulang belakang sehingga menimbulkan tekanan pada saraf tulang belakang.
  4. Fibromyalgia – keletihan, kelemahan dan kesakitan pada otot badan.
  5. Semasa dan selepas seseorang ibu mengandung.
  6. Penghidap batu karang, ataupun mengalami jangkitan semasa menghidapinya.
  7. Osteoporosis – Tulang rapuh dan lemah. Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.
  8. Tuberkulosis tulang belakang -Kuman tuberkulosis ini akan ‘memakan’ dan menghancurkan tulang vertebra pesakit dan ada juga kes di mana ia menghasilkan nanah yang menyebabkan tekanan pada saraf dan struktur-struktur berhampiran.

4. JANGKITAN & BARAH:

Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan kuman boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis ataupun apabila melibatkan disc di antara vertebrae(discitis).

Barah juga dianggap jarang menyebabkan sakit belakang. Hal ini kerana barah jarang bermula dari belakang badan, selalunya bermula dengan organ-organ dalaman. Sekiranya berlaku barah pada tulang belakang, ia ada berkemungkinan disebabkan barah yang bermula dari bahagian badan yang lain.

5. TEKANAN DIRI(STRESS):

Walaupun sakit belakang sering kali dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingat juga bahawa emosi dan tekanan diri boleh mengakibatkan sakit belakang dan menentukan berapa lama ia akan bertahan.

Tekanan diri boleh memberikan kesan negatif kepada badan, termasuklah menyebabkan otot belakang menjadi tegang dan menyakitkan. Sekiranya tekanan diri anda tidak diatasi dengan betul, ia boleh berlarutan.

Selain itu, insomnia dan kurang tidur juga boleh mengakibatkan sakit belakang. – FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply