Keradangan yang berlaku pada tulang belakang mengakibatkan kerosakan struktur hingga menjejaskan pergerakan pesakit yang akan memberi pengaruh besar kepada kualiti hidup mereka.
Pesakit akan mengalami simptom pada tahap yang berbeza bermula daripada kekakuan ringan sehingga tulang belakang rasa terkunci. Sakit belakang hanyalah satu daripada masalah yang terpaksa dihadapi pesakit.
Ini merupakan masalah yang sering dirasai oleh pesakit kami iaitu Encik H. Beliau mengakui masalah ini memberi kesan besar kepada kehidupan seharian mereka.
#TESTIMONI_FLEX [Tulang Belakang Terkunci, Keluarga Hilang Punca Pendapatan]
Encik H sudah mengalami masalah ini sejak 3 tahun yang lalu. Kesakitan yang teruk akan berlaku di waktu Subuh. Bayangkan beliau tidak boleh bangun dari katil berjam-jam lamanya disebabkan tulang belakang rasa kaku. Walaupun sudah berjaya bangun dari katil, tetapi beliau tidak boleh pergi mandi ke bilik air kerana tak dapat mencapai pili air.
Masalah pesakit masalah ini
Antara dilema yang dihadapi oleh Encik H adalah di tempat kerja memerlukan beliau mengangkat barang berat, tetapi beliau tidak dapat melakukannya kerana masalah kesihatan ini.
Oleh sebab itu, beliau terpaksa mengambil cuti sakit bagi meredakan kesakitan. Akibat terlalu kerapi mengambil cuti sakit, beliau sering disoal oleh pegawai di bahagian Sumber Manusia. Ada rakan sepejabatnya mengatakan beliau hanya malas dan mahu mengelak daripada bekerja.
Disebabkan sakit yang teramat sangat dan tak tahan nak ambil cuti sakit lagi, beliau telah mencari pusat rawatan fisioterapi yang boleh membantu merawat masalahnyaSeorang kawan baiknya telah memberitahu tentang Flex Physiotherapy. Kawannya pernah mendapatkan rawatan di Flex Physiotherapy untuk masalah sakit belakang dan sekarang sakitnya sudah hilang.
Tanpa melengahkan masa, En H pergi mendapatkan rawatan di Flex Physiotherapy pada keesokan harinya. Alhamdulillah beliau merasakan perbezaan sebelum dan selepas melakukan rawatan di sini.
Badannya rasa sedikit ringan selepas selesai 1 sesi rawatan. Insha Allah En H akan meneruskan lagi sesinya bersama fisioterapi di sini untuk meneruskan kerjayanya.
Alhamdulillah kami gembira melihat pesakit senang hati.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.