Ini adalah sering menjadi tanda tanya bagi rakyat Malaysia. Adakah fisioterapi sama seperti tukang urut kampung yang mendapat ilham dari mimpi?
Atau juga teknik urutan yang telah dibukukan menggunakan minyak sebagai medium pelincir untuk memudahkan urutan?
Hakikatnya, di luar negara, orang sudah mengetahui fungsi fisioterapi di dalam masyarakat. Namun, di negara kita fisioterapi belum meluas. Segelintir pesakit yang kami rawat akan memanggil kami sebagai tukang urut apabila kami mengaplikasikan teknik manual ini dalam rawatan.
Masalah Muskuloskeletal – Fisioterapi
Terapi Manual adalah kaedah manual yang digunakan untuk merawat masalah musculoskeletal (musculo: otot dan skeletal: tulang) iaitu yang berkaitan dengan otot, tulang, sendi, tisu penghubung seperti tendon dan ligamen, cakera tulang belakang dan sistem saraf yang berkait antara satu sama lain.
Contoh mesin TENS
Tambahan pula, terapi manual merangkumi pelbagai teknik dan paling mudah untuk difahami ialah pendekatan yang tidak berasaskan penggunaan alat elektrik atau elektronik seperti mesin TENS, ultrasound, traction, Infrared Radiation dan Shock Wave Diathermy. Malah fisioterapis akan menggunakan daya tangan mereka sendiri untuk merawat sakit anda.
Teknik-teknik Manual
Antara teknik manual ialah, “trigger point”, urutan myofascial pada otot yang ketat, manipulasi tulang belakang atau mobilisasi untuk melegakan sendi yang ketat, latihan neuromuskular membetulkan corak pengaktifan otot. Terapi manual bukanlah satu teknik khusus tetapi sebaliknya merangkumi pelbagai teknik untuk membolehkan tulang dan otot berfungsi kepada tahap yang paling optimum.
Selain itu, ada juga yang mengatakan teknik terapi manual terdiri daripada pergerakan pasif untuk sendi yang digunakan pada pesakit yang mempunyai masalah saraf seperti strok dan lemah anggota badan. Pergerakan ini dilakukan pada kelajuan dan amplitud yang berbeza-beza bertujuan untuk memulihkan gerakan yang optimum, mengembalikan fungsi, dan untuk mengurangkan kesakitan.
Jadi, itulah penjelasan yang ringkas dan mudah faham tentang terapi manual yang digunakan oleh fisioterapis. Ia bukanlah sekadar satu teknik sahaja tetapi merangkumi beberapa teknik yang fisioterapis akan aplikasikan mengikut kondisi pesakit. Teknik manual penting dalam rawatan fisioterapi untuk membantu pesakit sembuh dengan cepat kerana ia merawat dari punca pesakit tersebut.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.