Terseliuh pada pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim. Jadi, kebanyakan orang akan cuba untuk merawatnya sendiri. Namun, jika salah cara rawatannya, keadaan kaki boleh menjadi semakin teruk.
Atlet sukan ataupun bagi sesiapa yang aktif bersukan seperti bermain bola sepak, ragbi, hoki atau apa jua aktiviti sukan, pastinya akan terdedah dengan kecederaan pada anggota badan. Lebih-lebih lagi pada bahagian kaki yang banyak menerima tekanan.
6 Tips Merawat Terseliuh Pergelangan Kaki
Beberapa tips untuk merawat terseliuh pergelangan kaki dengan cara yang betul adalah seperti berikut:
1. Teknik RICE
Teknik RICE adalah rawatan awal yang boleh dilakukan sekiranya berlaku kecederaan ini.
R: Rest
I: Ice
C: Compression
E: Elevation
Tuam ais dalam masa 72 jam selepas kecederaan selama 15 minit dan ulang setiap 2 jam. Sebaiknya menggabungkan kesemua langkah ini secara serentak.
Tuam panas dibolehkan selepas 72 jam bagi mengurangkan sakit, melancarkan peredaran darah dan membantu dalam proses penyembuhan.
2. Jangan Urut
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak menjadi semakin teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 72 jam kecederaan berlaku.
3. Senaman Regangan
Senaman regangan dilakukan sebaik sahaja sakit dan bengkak berkurangan. Mulakan dengan melakukan senaman pergelangan kaki. Tahan selama 15 saat. Ulang sebanyak 10 kali dan 3 set.
4. Senaman Kekuatan
Selepas senaman regangan, diteruskan dengan senaman kekuatan otot kaki. Tahan bagi setiap pergerakan selama 10 saat. Ulang sebanyak 10 kali dan 3 set.
5. Latihan Keseimbangan
Jangan sesekali kembali bersukan jika masih tidak melakukan latihan keseimbangan ataupun proprioceptive. Ini adalah salah satu sebab kenapa bila bersukan, senang untuk dapat kecederaan semula. Latihan ini sangat penting untuk dilakukan kerana ia mengawal sendi dan keseimbangan. Ia juga merangsang deria rasa sendi kaki supaya tidak senang terseliuh.
Latihan/senaman keseimbangan ini hendaklah dilakukan secara berperingkat dan permukaan yang berlainan. Dimulakan dengan berdiri menggunakan kaki sakit selama 1 minit dalam keadaan terbuka. Kemudian, ulang langkah yang sama dalam keadaan mata tertutup pula.
6. Rawatan Elektroterapi
Rawatan elektroterapi hanyalah boleh didapati jika melakukan rawatan di pusat fisioterapi sahaja. Fisioterapis mempunyai cara yang khusus untuk mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan proses pemulihan pada kaki. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.