Arthritis
Sendi mengandungi tisu perlindungan yang menghalang tulang daripada bergesel antara satu sama lain.
Contohnya, tulang rawan berada di atas tulang untuk membolehkan pergerakan sendi menjadi lancar. Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang merosakkan tisu perlindungan ini.
Arthritis yang selalu dihadapai oleh dalam kalangan dewasa adalah:
- Osteoarthritis (OA)
- Rheumatoid Arthritis (RA)
- Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
- Gout
Penyebab OA dan RA
Osteoarthritis (OA)
- OA terjadi akibat sendi telah haus akibat penggunaan yang berulang seperti aktiviti sukan yang memberikan tekanan pada sendi.
Rheumatoid Arthritis (RA)
- RA adalah penyakit autoimun. Ia terjadi apabila sistem autoimun badan seseorang tersalah menyerang tisu yang sihat dalam sendi. Faktor autoimun ini melibatkan faktor genetik ataupun faktor persekitaran termasuklah merokok.
Simptom OA dan RA
Simptom bagi OA dan RA adalah sama seperti:
1. Kesakitan pada sendi
2. Ketegangan pada sendi
3. Kemerahan (lebih teruk bagi pesakit RA)
4. Pergerakan sendi menjadi terbatas
Kecuali simptom RA akan bertambah teruk pada awal pagi.
Kedua-dua OA dan RA boleh menjejaskan mana-mana sendi di dalam badan. Kebiasaannya OA terjadi pada sendi lutut dan jari. RA pula sering berlaku di tangan, jari, siku, lutut, kaki dan pinggul.
OA bersifat setempat kerana ia hanya memberi kesan kepada sendi dan tisu sekitarnya. Oleh yang demikian, OA hanya melibatkan satu sendi sahaja manakala RA melibatkan banyak sendi.
Perbezaan utama antara jenis arthritis ini ialah, RA melibatkan pelbagai simptom sistemik yang mempengaruhi seluruh tubuh.
Antara simptomnya adalah:
- Keletihan
- Demam
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan
- Keradangan di kawasan lain seperti mata dan paru-paru
- Nodul rheumatoid
OA tidak melibatkan simptom-simptom sistemik tetapi seseorang yang mengalami OA boleh menyebabkan terhasilnya lebihan tulang ataupun tulang menjadi tidak normal.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, OA dan RA adalah keadaan kronik yang menyebabkan rasa sakit dan kekakuan pada sendi. Kedua-dua keadaan ini boleh menjadi semakin teruk dari masa ke masa tanpa rawatan yang sesuai. Selain itu, kondisi sakit ini akan memberi kesan pada kehidupan seharian pesakit.
RAWATAN awal untuk OA dan RA iaitu tuam ais
OA dan RA boleh menyebabkan simptom yang sama tetapi sebab dan cara rawatannya masing-masing berbeza. Dalam kebanyakan kes, OA lebih senang untuk dirawat berbanding RA kerana ia melibatkan satu sendi dan tidak melibatkan simptom sistemik.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.