Keadaan bayi yang dilahirkan dengan kaki bengkok, pergelangan kaki dan buku lalinya berpusing menghala ke dalam atau ke bawah adalah kecacatan yang biasa berlaku pada seorang bayi dalam setiap 1,000 kelahiran di dunia.
‘
Masalah Kaki Bayi Bengkok (CTEV)
Pengenalan CTEV
Congenital Talipes Equino Varus’(CTEV) atau juga dikenali sebagai “Clubfoot” kerana keadaan kaki yang membengkok itu menyerupai bentuk pemukul golf (Club).
Jenis-jenis CTEV
- Postural – Melibatkan otot yang tegang sahaja. Tulang dan sendi di sekeliling tidak terlibat.
- Struktur – Melibatkan struktur tulang dan sendi yang mengalami perkembangan kurang sempurna. Kaki tidak dapat mencapai pergerakan yang penuh secara pasif.
Faktor CTEV
-
- Punca postural: Packing Disorder (anak pertama, bayi bersaiz besar >4kg pada kelahiran, kekurangan air ketuban sewaktu mengandung)
- Punca struktur: Punca kaki bayi bengkok sejak dilahirkan masih tidak diketahui dan masih lagi menjadi misteri dalam bidang perubatan sehingga hari ini.
-
- Tetapi boleh juga disebabkan oleh faktor genetik.
Tanda-tanda CTEV
Boleh dikenalpasti pada peringkat awal kelahiran seseorang bayi adalah:
- Kaki yang menghala ke dalam atau ke bawah
- Rasa tegang pada otot betis
- Pergerakan yang terhad pada sendi pergelangan kaki
- Kaki nampak tidak sempurna
Komplikasi
- Gaya berjalan (gait) yang kurang normal
- Sakit pada kaki
- Ketidakselesaan pada kaki (jika kondisi ini tidak dirawat pada peringkat awal)
- Susah untuk berjalan atau menggerakkan kaki secara normal (jika masalah ini tidak dirawat)
Tujuan Rawatan Fisioterapi
- Memastikan sendi berada pada alignment yang optimum
- Meningkatkan fungsi sendi dari segi deria rasa sendi (joint sense)
- Memastikan otot fleksibel untuk berjalan
- Meningkatkan kekuatan otot kaki
- Mengurangkan kesakitan (jika ada)
Rawatan Fisioterapi
Berpunca Postural: Rawatan Fisioterapi boleh mengatasi kondisi clubfoot dengan efektif:
- Senaman regangan
- Teknik rangsangan kepada tapak kaki
- Mengaplikasikan taping
- Teknik manipulasi tisu lembut (melakukan urut pada otot)
- Preskripsi untuk sokongan tapak kaki (foot arch support) untuk meningkatkan fungsi biomekanik kaki
- Sokongan Orthosis untuk kaki seperti Ankle-Foot-Orthosis (AFO)
Kesimpulan
Pengenalpastian masalah ini pada peringkat awal adalah sangat penting oleh ibu bapa mahupun doktor.
Perawatan awal kepada kondisi clubfoot, biasanya bermula pada minggu pertama atau kedua selepas bayi dilahirkan boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana pada masa itu tulang dan sendi bayi mudah untuk dilenturkan dan masih lembut. Bagi kondisi yang memerlukan pembedahan, rawatan fisioterapi biasanya dilakukan sejurus selepas itu.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.