fbpx Skip to main content

Saya telah mengalami sakit di bahagian punggung dan kebas bahagian kedua belah kaki. Mula-mula saya ingatkan sakit pinggang biasa sahaja.

Tetapi rupanya anggapan saya salah sebab sakit ini berlarutan dan tak hilang-hilang. Saya terpaksa duduk dengan pelbagai posisi untuk kurangkan kesakitan. 

Kesan sakit pinggang terhadap aktiviti harian

Aktiviti kerja saya amat terganggu. Hal ini kerana tugas saya perlu banyak berdiri dan naik turun tangga. Saya susah nak bergerak dengan pantas dan pergerakan saya sangat terhad.

Rasa sakit sangat di bahagian bahagian punggung. Saya terpaksa meminta bantuan orang terdekat untuk bangun dan bergerak.

Saya dah cuba pergi berurut. Namun, saya rasa badan saya semakin sakit. Jadi, saya dah takut nak pergi berurut kat tempat-tempat lain. Kebetulan bila saya buka Facebook, saya terjumpa posting rawatan di Flex Physiotherapy.

Saya melihat feedback yang oleh pesakit sebelumnya sangat memuaskan dan dapat membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seterusnya saya menghubungi pihak Flex Physiotherapy untuk keterangan lanjut.

Seterusnya saya mencuba rawatan di Flex Physiotherapy. Pada awalnya, memang rasa sakit tempat yang dirawat seperti di punggung. Tetapi lama-kelamaan sakit punggung dan rasa kebas semakin berkurang.

Kepentingan fisioterapi bagi masalah sakit pinggang

Pelbagai teknik yang fisioterapi di sini berikan. Ada yang guna tangan, ada juga yang guna elektrik. Setelah 5 sesi, saya dah boleh bangun dengan sendiri dan tidak memerlukan bantuan orang terdekat dah.

Saya bersyukur ujian yang Allah bagi hanya setakat ini dan masih boleh dirawat. Terima kasih Flex Physiotherapy memberi rawatan yang terbaik.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply