Di dalam badan manusia normal terdapat tulang belakang yang terdiri daripada 24 set tulang yang dipanggil vertebra.Pada setiap tulang tersusun secara memanjang dan menegak dan membentuk laluan untuk saraf tunjang. Tulang- tulang vertebra inilah yang melindungi saraf tunjang.
Apakah itu slip disc dan dimanakah ia berlaku?
Di antara tulang vertebra, terdapat struktur yang dipanggil disc yang berfungsi untuk menyerap tekanan. Ada dua struktur yang membentuk disc tersebut iaitu Annulus Fibrosus dan Nucleus Pulposus.
Masalah slip disc ini mulai terjadi apabila nucleus pulposus itu terkeluar dan menekan annulus fibrosus. Ini menyebabkan annulus fibrosus membengkak dan terkeluar dan akan menghimpit saraf tunjang dibelakangnya. Himpitan saraf ini lah yang menyebabkan sakit, lenguh dan kebas pada bahagian belakang dan juga kaki.
Slipped disc turut boleh dialami oleh golongan muda.
Ia berpunca daripada:
Berat badan berlebihan (obesiti) akan menyebabkan tekanan yang lebih berat kepada cakera intervertebra. Ini akan menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera.
Trauma seperti kecederaan semasa bersukan dan kemalangan. Kecederaan pada disc menyebabkan disc terkeluar dan menghimpit saraf.
Mengangkat beban berat. Beban yang berat menambahkan tekanan pada tulang belakang dan akhirnya menekan disc.
Kerap memandu dalam tempoh masa yang lama. Apabila memandu , anda berada dalam keadaan duduk yang lama, jd risiko untuk disc tertekan sangat tinggi.
Jarang bersenam. Apabila jarang bersenam, otot-otot dibahagian belakang menjadi lemah. Jadi otot –otot tersebut tidak dapat menyokong tulang belakang dengan kuat dan lebih berisiko untuk berlaku kecederaan.
Rawatan untuk masalah slip disc:
-ubat tahan sakit
-pendidikan postur badan yang betul
-rawatan fisioterapi untuk mengurangkan sakit,menguatkan otot2 dibahagian belakang.
-pembedahan
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.