Betul ke rokok boleh sebabkan stroke? Merokok boleh menyebabkan si perokok mudah terkena penyakit kronik antaranya adalah sakit jantung, stroke atau kanser paru-paru.
Menurut anggaran, 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok. Ini menunjukkan 35 peratus kematian adalah berpunca daripada merokok.
Manakala, merokok bukan saja menyebabkan si perokok mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit, namun lebih membimbangkan apabila individu di sekeliling turut terjebak dengan risiko sama.
MACAM MANA ROKOK BOLEH SEBABKAN STROKE?
Bahan kimia yang dibebaskan asap rokok akan menjejaskan organ dalam badan dan pastinya, ia menambah risiko penyakit berbahaya, malah menyebabkan 10 hingga 12 peratus kematian di Malaysia. Pada hakikatnya, 60 hingga 75 peratus asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi dua kali ganda nikotin, tiga kali ganda tar, lima kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda bahan kimia merbahaya.
Tabiat merokok berkait rapat dengan stroke atau angin ahmar amat akibat kesan nikotin dan merosakkan saluran darah.
Dinding salur darah menjadi tebal dan sempit, ia akan menyebabkan aliran darah menjadi sukar hingga akhirnya mengakibatkan beberapa bahagian badan tidak dapat bergerak. Maka, ia akan terjadi stroke.
CARA MENGURANGKAN RISIKO STROKE
- Jangan merokok kerana merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).Lakukan aktiviti yang sihat seperti bersukan mahupun melakukan hobi harian.
- Alihkan keinginan untuk merokok dengan berfikir secara positif.
- Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan
PUNCA DAPAT STROK DARI ROKOK
Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN RISIKO
1. Berhenti merokok kerana merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
2. Jauhkan diri daripada asap rokok basi
3. Lakukan aktiviti fizikal seperti bersukan
4. Sentiasa berfikiran positif
FAKTOR MENYEBABKAN RISIKO STROKE
50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.