fbpx Skip to main content

Pernah tak anda atau ahli keluarga anda mengalami siku terseliuh? Bagaimana siku terseliuh ini terjadi?Dalam bahasa medikal, siku terseliuh ini adalah ‘elbow sprain’. Ianya berlaku apabila salah satu urat (ligament) yang menyokong bahagian siku itu menjadi koyak.

TAHAP KECEDERAAN SIKU TERSELIUH 

Terdapat 3 tahap kecederaan pada ligament untuk siku terseliuh ini

Pertama: sakit dan terdapat sedikit koyakan pada ligament

Kedua: sakit, terdapat kesan lebam dan  koyakan pada ligament serta sendi siku menjadi sidikit longgar.

Ketiga: terlalu sakit, sendi siku  menjadi longgar dan tidak boleh  digerakkan.

CARA RAWATAN UNTUK SIKU TERSELIUH 

1) Makan ubat.

Selalunya untuk siku terseliuh doktor akan sarankan untuk makan ubat painkiller. Painkiller ini membantu pesakit untuk kurangkan sakit yang dialami. 

Painkiller ini juga membantu pesakit untuk bertahan sebelum mendapatkan rawatan yang seterusnya.

2) Pemakaian splint.

Seterusnya pemakaian splint juga dapat membantu pesakit untuk memulihkan sakit berkenaan. Hal ini kerana, pemakaian splint berfungsi untuk menggelakkan siku pesakit daripada bergerak dan mengelakkan pesakit terasa perit bila siku yang terseliuh bergerak.

3) Letakkan icepack.

Letakkan icepack pada bahagian siku yang bengkak selama 10-15 minit. Icepack membantu pesakit mengurangkan bengak yang dialami.

Ice pack akan mengendurkan urat-urat saraf yang tegang.

4) Tinggikan bahagian siku.

Tinggikan bahagian siku. Untuk merawat masalah ini, pesakit dinasihatkan dan disarankan untuk meletakkan siku  di atas bantal yang tinggi serta lembut.

Kaedah rawatan ini secara tidak langsung akan mengurangkan bengkak dan melancarkan peredaran darah.

5) Rawatan fisioterapi.

 Contoh rawatan fisioterapi yang boleh merawat pesakit yang mengalami masalah ini adalah:

  1. Menggunakan alat elektroterapi seperti ultrasound dan tens
  2. Senaman regangan
  3. Senaman kekuatan otot

Jadi untuk mengelakkan masalah ini menjadi lebih teruk anda wajib mengikuti dan mengamalkan cara rawatan seperti yang diterangkan dalam huraian di atas. – FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

One Comment

Leave a Reply