Masalah ini boleh terjadi pada mana-mana bahagian kaki, termasuklah tapak kaki, buku lali, betis dan peha.
Banyak punca terjadinya keadaan ini dan komplikasi masalah ini akan menyebabkan pesakit susah nak berjalan.
JENIS KAKI BENGKAK
Terdapat dua jenis pembengkakkan kaki . ianya bergantung kepada tempoh masa pembentukan edema itu :
1)Edema akut : kurang 72 jam (3 hari)
2)Edema kronik : lebih dari 72 jam
PROCES TERJADI KAKI BENGKAK
Pembengkakkan kaki / edema dihasilkan oleh :
1) Pengumpulan cecair (penyimpanan cecair atau cecair yang terperangkap dalam tisu)
Pembengkakkan kaki /edema dihasilkan oleh pengumpulan cecair dalam tisu kaki dikenali sebagai peripheral oedema.
Punca-punca penyebabnya seperti penyakit jantung , pembuluh darah kurang berfungsi,kegagalan jantung atau penyakit buah pinggang.
2) Inflamasi atau kecederaan tisu atau sendi
Pembengkakkan kaki mungkin disebabkan tindakbalas sistem pertahanan badan terhadap inflamasi tisu di kaki. Bengkak kaki berkaitan dengan inflamasi ini biasanya pesakit akan merungut kesakitan.
KOMPLIKASI KAKI BENGKAK
1. Kaki menjadi besar (Deformiti kaki)
Kaki akan menjadi bengkak dan besar akibat pengumpulan cecair didlam tisu kaki.
2. Sendi pergelangan kaki menjadi keras
Apabila kaki menjadi sendi pergerakan kaki akan menjadi keras dan kaku akibat tidak dapat bergerak.
3. Sukar bergerak dan berjalan
Kaki yang besar dan bengkak menyebabkan pesakit berasa berat untuk mengangkat kaki untuk berjalan. Lama kelamaan, sendi menjadi cepat keras.
4. Kulit menjadi merah, lebam dan senang mendapat infeksi kulat dan bakteria
Apabila terlalu banyak cecair terkumpul didalam tisu, kemungkinan pembuluh darah pada kaki akan pecah, menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan lebam.
Kemudian apabila kulit luka, infeksi kulat dan baktirea senang terjadi pada kulit.
5. Menurunkan kualiti hidup, pesakit mudah stress
Apabila banyak luka pada kaki, pergerakan menjadi terbatas disebabkan bengkak dan kesakitan pada kaki sewaktu bergerak. Jadi, kemungkinan pesakit untuk tidak bergerak adalah tinggi dan mereka hanya terbaring diatas katil.
Ini akan menjejaskan kualiti hidup mereka dan menimbulkan stress.
Oleh itu, sebagai anak-anak, haruslah peka dengan masalah bengkak kaki dlam kalangan ibubapa anda. Masalah ini usah dipandang remeh, jadi anda wajib mencagah daripada awal supaya komplikasi ini tidak berlaku pada ibubapa anda!- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.