Siapa yang tidak kenal dengan pemain hebat bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo. Namanya dikenali bukan sahaja pada peminat bola sepak, malah semua orang mengenali beliau.
Anda ingin tahu tak bagaimana rentak senaman Cristiano Ronaldo sehingga beliau mampu bermain setiap kali perlawanan tanpa ada kecederaan?
Menurut satu portal sukan yang menulis artikel mengenai cristano Ronaldo, beliau telah mendedahkan rutin senaman harian beliau kepada umum. Kata Cristiano Ronaldo, persiapan fizikal dan mental penting setiap kali sebelum perlawan.
JOM KITA IKUTI BEBERAPA TIPS DARIPADA CRISTIANO RONALDO
Antara persiapan sebelum perlawanan:
1) Dapatkan tidur dan rehat yang cukup
“Tidur yang cukup pada malam sebelum hari perlawanan sangat penting. Ianya dapat membantu proses pemulihan badan saya” kata beliau.
2) Lakukan senaman regangan pada setiap pagi
Senaman regangan mampu memanaskan badan dan dapat memastikan otot-otot badan sentiasa bersedia untuk beraksi dalam perlawanan.
3) Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi cukup zat
Makanan yang sihat dan zat sangat penting untuk memberi tenaga sebelum bermain.
“Latihan senaman yang baik mesti digabungkan dengan diet yang baik”, kata Cristiano Ronaldo.
4) Motivasi tinggi
Kita mesti ada semangat dan motivasi yang tinggi untuk menang. Pastikan setiap pagi kita bangun dalam keadaan yang positif dan bersemangat.
SELEPAS PERLAWANAN
Menurut Cristiano Ronaldo, sesi pemulihan selepas perlawanan sangat penting bagi setiap atlet.
Antara aktiviti yang beliau lakukan selepas perlawanan adalah:
1) Mandi air sejuk dan air panas
Mandi air sejuk dapat mengurangkan kesakitan badan setelah bermain manakala mandi air panas dapat melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan.
2) Berenang
“Aktiviti berenang sangat sesuai untuk merehatkan otot dan minda saya’ kata beliau.
Jadi, itulah antara rutin senaman pemain bintang dunia Cristiano Ronaldo. Mungkin itulah salah satu sebab mengapa beliau sangat konsisten setiap kali perlawanan tanpa ada kecederaan. Anda boleh meniru gaya senaman Cristiano Ronaldo ini untuk memastikan anda sentiasa sihat dan aktif! – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.