fbpx Skip to main content

Pada arus pemodenan yang semakin berkembang maju ini, tidak dinafikan majoriti pekerja bekerja dengan hanya duduk dan mengadap laptop atau komputer selama 8 jam sehari mahupun lebih.

Duduk terlalu lama akan mengakibatkan pelbagai masalah seperti sakit belakang yang kronik, postur badan yang tidak bagus malahan boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, penyakit jantung serta obesiti.

Antara kesan lain selain sakit belakang, jika cara duduk tak betul

1.  Gangguan pada otak dan leher

Menggerakkan badan kita akan menyebabkan lebih banyak darah dan oksigen mengalir ke otak sekaligus membantu kita mengekalkan kejelasan dan ketajaman minda. Namun begitu, duduk terlalu lama akan mengakibatkan aliran darah dan oksigen ke otak menjadi perlahan lalu menjejaskan kemampuan kita untuk berfikir sebetulnya.

perasan tak kira sering membongkok ke bawah apabila mengadap komputer seharian di pejabat? sebenarnya keadaan ini tidak baik untuk leher kita kerana terdapat beban yang berat kepada leher teruta,a kepada cervical vertebrae yang menyambung tulang belakang dengan kepala.

2.  Masalah belakang

Salah satu daripada masalah yang paling biasa dialami oleh kebanyakan pekerja adalah masalah belakang. Masalah ini disebabkan oleh tabiat duduk yang tidak betul semasa bekerja dan boleh menyebabkan bahagian disk mengalami masalah.

Duduk terlalu lama, disk ini akan menjadi tidak stabil dan terlalu padat lalu menyebabkan kolagen terbentuk pada tendon dan ligamen. Selain itu, herniated lumbar disks juga lebih kerap berlaku pada individu yang meluangkan masa yang panjang duduk di hadapan komputer.

3.  Kesan kepada otot

Duduk terlalu lama tidak memerlukan penggunaan otot Ab dan jika ia tidak digunakan buat masa yang terlalu lama, ini akan mengakibatkan swayback iaitu tulang belakang berada kepada kedudukan yang tidak semulajadi.

Tambahan itu, duduk terlalu lama juga akan mengurangkan fleksibiliti terutamanya pada pinggang dan belakang. Pinggang yang fleksibel dapat membantu kestabilan badan. Namun begitu, duduk terlalu lama akan mengakibatkan otot flexor menjadi lebih pendek dan tegang.

Otot glute juga akan menjadi lebih lembut akibat tidak digunakan buat tempoh masa yang lama dan ini akan mengehadkan kebolehan badan untuk melangkah lebih jauh dan mengekalkan kestabilan badan.

4.  Kesan kepada organ

Duduk terlalu lama boleh mengundang sakit jantung, penyakit kardiovaskular dan kanser kolon.

Dalam erti kata yang lain, masalah ini adalah disebabkan oleh terlebih penghasilan insulin akibat tidak aktif lalu memperlahankan aliran darah kepada organ-organ dalam badan.

Terlebih penghasilan insulin juga boleh mengakibatkan pertambahan berat badan yang menyumbang kepada diabetes dan obesiti.

5.  Kesan kepada kaki

Jelas sekali, duduk terlalu lama akan mengehadkan pengaliran darah di dalam kaki. Ini akan menyebabkan darah untuk berkumpul pada buku lali lalu menyebabkan ia membengkak, pergumpalan darah serta vena varikos.

Isu lain yang akan berlaku disebabkan duduk terlalu lama ini adalah tulang menjadi lebih lemah dan kurang tumpat.

Langkah untuk membendung masalah sakit belakang ini

Jika anda masih perlu untuk duduk dalam tempoh yang lama bagi melakukan pekerjaan, pastikan anda duduk dengan tegak dan elakkan membongkok ke hadapan papan kekunci anda.

1. Bola senaman

Jika anda masih juga terpaksa melakukannya, beli sebuah bola senaman, yang boleh membantu otot Ab anda untuk bekerja di samping memastikan postur badan anda kekal tegak.

2. Gunakan kerusi

Anda juga boleh menggunakan kerusi yang tidak mempunyai bahagian belakang jika anda mahukan sesuatu yang lebih stabil berbanding bola senaman.

3. Bangun dan berjalan

Pastikan anda bangun untuk menggeliat sekali-sekala. Bangun dan berjalanlah di sekeliling pejabat anda untuk beberapa minit bagi memastikan pengaliran darah anda ke otak dan otot berfungsi secara optimal.

4. Gunakan meja

Anda juga boleh membeli meja kerja yang membolehkan anda melakukan kerja secara berdiri kerana ia merupakan posisi yang paling sesuai untuk melakukan pekerjaan.

Ini dapat membantu darah dan oksigen mengalir dengan lebih bebas ke seluruh bahagian badan sekaligus mengurangkan risiko pergumpalan darah dan pelbagai masalah kesihatan berbahaya yang lain. – FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply