Musim panas ekstrem sedang melanda Negara sejak akhir-akhir ini ketika umat Islam sedang menjalani ibadah berpuasa.
Tahukah anda musim panas yang melampau boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.
Oleh yang demikian orang ramai dinasihati supaya berjaga-jaga untuk kekal sihat dan mengelakkan diri daripada penyakit berkaitan kepanasan.
Apakah peranan yang harus diambil oleh masyarakat untuk kekal sihat sepanjang musim panas?
Ikuti penerangan dibawah untuk keterangan lanjut.
1. Elakkan aktiviti riadah
Aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas terutama di waktu puncak jam 11 pagi hingga 3 petang.
Elakkan juga tempat yang terbuka dan panas terik seperti taman permainan dan padang.
2. Minum air banyak pada musim panas
Minum air dalam kuantiti banyak atau minimum 2.5 liter sehari. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi air seperti sup dan buah-buahan.
3. Pakai pakaian daripada kapas
Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas, kerana material itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.
4. Elakkan berjalan di permukaan panas
Elakkan berjalan atau melakukan aktiviti di atas permukaan yang panas seperti simen atau bitumen.
5. Elakkan ruang tertutup
Jangan berada di kawasan atau ruang tertutup mempunyai pengudaraan kurang baik dan bersuhu tinggi.
Penerangan yang diterangkan perlu diberi perhatian oleh masyarakat supaya kekal sihat sepanjang musim panas.
Penerangan yang diberikan juga boleh mencegah daripada terjadinya stroke haba.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.