Adakah anda tahu kesan jika anda selalu mematahkan jari? Kesan ini akan memakan masa yang lama dan kesannya berpanjangan seumur hidup.
Setiap kali jari anda rasa lenguh, anda akan mudah untuk mematahkan jari yang boleh anda rasa lega dan tidak rasa ketidakselasaan lenguh tadi.
Namun, bahaya jika sering amalkan kerana :
1. Ketagih untuk lakukan kerana bunyi letupan masa mematahkan jari
Budaya ini biasa terjadi di kalangan kanak-kanak lagi. Ini adalah pengaruh kawan sebaya. Apabila otak sudah terpengaruh untuk dengar letupan itu dan sudah menggangap ia sebagai ubat kepada lenguh jari.
Semakin hari kita lakukan, semakin lama otak akan setkan ia adalah perbuatan yang boleh melegakan lenguh pada jari. Maka, hati-hati. Jangan biarkan otak kita percaya ia adalah perbuatan yang baik.
2. Bunyi letupan adalah cecair pelincir jenis synovial
Setiap kali mematahkan jari, akan ada bunyi seolah-olah bunyi meletup. Itu adalah bunyi yang terhasil daripada cecair pelincir jenis synovial dan gas yang berada di bahagian penyambung tulang tersebut.
3. Berisiko untuk mendapat penyakit tulang arthritis
Kajian telah dilakukan oleh seorang sainstis, telah menunjukkan kesan negative pada jari tersebut. Ia telah mematahkan jari setiap hari selama 60 tahun manakala sebelah lagi tidak mematahkan.
Ia menunjukkan jari yang tidak mematah tersebut tidak terkena penyakit tulang arthirits namun jari yang sering lakukan terasa sakit.
4. Kekuatan tangan akan terjejas
Selain berisiko mendapatkan penyakit tulang, terdapat satu lagi keburukan mematahkan jari iaitu kekuatan tangan untuk mengangkat barang menjadi semakin lemah.
Dan, ia boleh menyebabkan tulang menjadi haus dari masa ke masa.
5. Tulang jari menjadi semakin lebar dan boleh menyebabkan cincin akan tersekat
Sebagai penulis, mematahkan jari adalah benda paling menyakitkan kerana ia memerlukan pergerakan jari yang banyak.
Bagi yang suka mematahkan jari, selepas setahun melakukan habit ni jari anda akan menjadi semakin lebar pada setiap buku jari(lipatan jari). Betul tak?
Ia boleh menyebabkan cincin akan tersekat jika ingin cabut cincin dari jari namun ketika memakai cincin ia elok je.
Maka, jika anda tak inginkan jari anda menjadi lebar, sila berhenti melakukan habit ini. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.