‘Congenital Talipes Equino Varus’(CTEV) atau dikenali sebagai “Clubfoot” merupakan kondisi kaki di kalangan kanak-kanak.
Keadan ini mempunyai sebelah atau kedua-dua belah kaki yang menghala ke atas dan ke dalam sewaktu dalam posisi kaki yan tidak memijak lantai.
Namun, clubfoot ini ada dua jenis iaitu :
- Clubfoot berpunca dari Postural – Melibatkan otot yang tegang sahaja. Tulang dan sendi di sekeliling tidak terjejas.
- Clubfoot berpunca dari Struktur – Melibatkan struktur tulang dan sendi yang mengalami perkembangan kurang sempurna. Kaki tidak dapat mencapai julat pergerakkan yang penuh secara pasif.
Dalam 1000 kelahiran, kemungkinan ia akan terjadi kepada seorang bayi dan ia kebanyakkan terjadi kepada bayi lelaki banding bayi perempuan. Sejarah keluarga juga dapat menyumbang kepada kemungkinan tersebut.
Faktor Clubfoot
Punca postural: Packing Disorder (anak pertama, bayi bersaiz besar >4kg pada kelahiran, kekurangan air ketuban sewaktu mengandung)
Punca struktur: tidak diketahui. Juga boleh disebabkan oleh faktor genetik
Apakah kesan Fisioterapi kepada Kaki CTEV ?
- Memastikan sendi berada pada alignment yang optimum
- Meningkatkan kefungsian sendi dari segi joint sense
- Memastikan otot mempunyai kepanjangan yang sesuai bagi perkembangan untuk kefungsian berjalan
- Meningkatkan kekuatan otot
- Mengurangkan sakit (jika ada)
Jadi, kami di Flex Physiotherapy menyediakan rawatan bagi CTEV ini dan rawatan fisioterapi diberikan mengikut punca.
Jika ia berpunca dari postural :
- Senaman regangan
- Teknik stimulasi kepada tapak kaki
- Teknik mengaplikasikan taping
- Manipulasi tisu lembut (melakukan urut pada otot)
Tetapi jika ia berpunca dari struktur :
- Kasting berterusan (serial casting) dan manipulasi kaki
- Rawatan pembedahan untuk kes yang serius seperti: Achilles Tenotomy
- Senaman regangan supaya otot yang terlibat tidak memendek
- Latihan atau senaman untuk meningkatkan julat pergerakkan sendi
- Senaman untuk meningkatkan joint sense dan pengawalan pergerakkan pada sendi pergelangan kaki
- senaman untuk menguatkan otot betis, kumpulan otot peroneal dan paha
- Preskripsi untuk sokongan arkus tapak kaki (foot arch support) untuk meningkatkan kefungsian biomechanic kaki
- Sokongan Orthosis untuk kaki seperti Ankle-Foot-Orthosis (AFO)
Pastikan anda memerhati perkembangan awal bayi dan rawatan pada ketika waktu bayi akan membantu bayi pulih kerana sendi dan otot-otot mereka masih lembut.
Jika doktor sarankan pembedahan,maka lakukan pembedahan terlebih dulu. Kemudian baru melakukan rawatan fisioterapi seperti biasa. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.