Sakit lutut biasanya disebabkan faktor umur, masalah otot dan tisu, kecederaan, radang, masalah kesihatan, arthritis dan berat badan berlebihan.
Ia boleh terjadi pada semua orang tidak kira peringkat umur, namun kaum hawa lebih banyak menghadapi masalah ini.
Walaupun ia biasa terjadi kepada orang tua, namun kini orang muda seawal 30-an pun sudah ada yang menderita.
Ia akan menyukarkan kita berjalan dan sekaligus melumpuhkan pergerakan kita serta menghalang kita daripada melakukan kerja-kerja harian.
Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk kurangkan sakit lutut ini?
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
KURANGKAN SAKIT LUTUT ANDA, LAKUKAN 5 PERKARA INI:
1. BUAT SENAMAN KARDIO
Senaman seperti berjalan, berenang dan aerobik air menguatkan otot-otot sekitar lutut dan meningkatkan fleksibiliti.
Stretching dan Tai Chi juga dapat membantu kurangkan sakit dalam jangka masa panjang.
2. BALUT LUTUT
Balut lutut dengan bandage yang sesuai. Ia dapat mengurangkan sakit pada otot dan tisu sekitar lutut.
Anda juga boleh mendapatkannya pembalut lutut jenis sarung di farmasi. Jenis ini adalah yang lebih mudah dipakai.
3. TUAM AIS
Jika lutut bengkak, letak ais dalam tuala dan letak pada lutut untuk kurangkan bengkak dan sakit.
Tuamkan buat beberapa ketika dan anda akan merasa hasilnya sejurus selepas itu.
4. JAGA BERAT
Badan yang berat boleh memberi tekanan pada otot lutut.
Sebaiknya, kurangkan sedikit berat badan dengan diet yang sihat agar lutut boleh menampung berat badan.
5. GUNA ALAT BANTUAN
Jika sukar berjalan, guna alat bantuan seperti tongkat untuk mudahkan pergerakan. Terutamanya apabila anda berhasrat untuk berjalan jauh seperti membeli-belah di pasaraya atau mengikuti rombongan beramai-ramai.
JANGAN BIARKAN SAKIT LUTUT BERPANJANGAN
Memang tak boleh nak ke mana-mana kalau sudah sakit lutut kerana ia menghadkan pergerakan. Jalan pun tidak stabil dan tidak selesa kerana menahan sakit.
Jadi, rujuk pada doktor agar yang sakit dapat disembuhkan.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.