SIMPTOM-SIMPTOM:
❌ Rasa sakit ketika:
– disentuh pada bahagian yang timbul di siku
– melakukan aktiviti menggenggam tangan.
– membengkokkan pergelangan tangan ke bawah sambil melawan bebanan.
– memusingkan pergelangan tangan.
❌ Anda akan berasa lemah pada tangan yang terlibat.
❌ Terjadi secara berperingkat dan menyebabkan anda berasa tidak selesa dengan kekerapan kekakuan yang berlaku sebelum ia menjadi sakit dan hilang fungsi.
Penyebab/ punca Golfer Elbow
Masalah Golfer elbow biasanya berpunca daripada:
Pergerakan berulang membengkokkan pergelangan tangan, terutama ketika melawan rintangan.
Ia juga boleh terjadi apabila anda melakukan aktiviti melontar.
Selepas melakukan aktiviti berulang untuk tempoh yang lama.
Ia juga boleh berlaku disebabkan tendon otot pergelangan tangan anda pada bahagian dalam siku menjadi radang dan sakit.
Bagaimana fisioterapi membantu?
Saranan fisioterapi untuk melegakan kesakitan dan memudahkan pemulihan seperti berikut;
- Rehat atau berhentikan permainan golf atau aktiviti yang menyakitkan buat sementara sehingga kesakitan itu hilang. Ini akan membantu dalam mengurangkan sakit pada siku.
- Tuamkan ais atau gosokkan ais untuk mengurangkan bengkak.
- Melindungi bahagian itu dengan membalut atau bracing untuk mengurangkan beban pada siku anda.
- Membantu pembaikan tisu dengan menggunakan kaedah seperti ultrasound atau laser.
- Kinesiotaping membantu dalam melegakan tekanan, merelaksasi otot dan boleh meningkatkan peredaran darah.
- Regangan, senaman menguatkan otot secara beransur-ansur dan senaman fleksibiliti adalah sangat berkesan untuk proses pemulihan julat pergerakan dan kekuatan otot kepada asal.
- Kembali ke aktiviti secara beransur-ansur.
- Ubah peralatan sukan atau pengubahsuaian aktiviti yang menyebabkan kesakitan.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.