fbpx Skip to main content

Selain itu, bongkok jenis lain pula boleh dialami oleh bayi atau remaja berpunca dari kecacatan tulang belakang atau pengetatan tulang-tulang belakang dari masa ke semasa. Ia boleh berlaku pada semua peringkat usia tetapi lebih sering terjadi dalam kalangan wanita yang lebih tua.

jangan pandang mudah dengan masalah bongkok

Kifosis ringan boleh menyebabkan masalah dan kifosis yang teruk pula boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan. Rawatan untuk bongkok pula bergantung kepada umur anda, punca penyakit dan kesan dari kelengkungan tulang belakang.

Ia boleh berlaku akibat penyakit kerosakan cakeram iaitu masalah tumbesaran paling kerapnya penyakit Scheuermann, osteoporosis dengan retakan bertekanan pada vertebra, mieloma pelbagai, mahupun kesan sampingan akibat hentakan atau trauma.

Simptom utama kifosis adalah lengkungan ke hadapan yang tidak normal di bahagian atas tulang belakang. Ia menyebabkan bahagian atas belakang anda kelihatan bongkok, dengan bahu dicondongkan ke hadapan.

Dalam kes ringan, lengkungan tulang belakang tidak terlalu ketara. Dalam keadaan lain pula, seseorang mungkin nampak seolah-olah mereka membengkokkan badan ke hadapan.

Simptom bongkok yang anda mungkin alami :

  • Keletihan untuk bernafas seperti biasa.
  • Rasa tidak selesa di dada.
  • Berasa tegang di bahagian atas belakang.
  • Sakit di bahagian belakang, terutamanya di bahagian atas (Kawasan tulang belikat).
  • Serik berasa sakit kepala dan pening.

Rawatan berikut pula boleh membantu melegakan simptom kifosis:

  • Ubat boleh melegakan kesakitan, jika perlu.
  • Terapi fizikal boleh membantu membina kekuatan pada otot teras dan belakang.
  • Memakai penyokong belakang. Penyokong tulang belakang boleh didapati di kedai kesihatan atau farmasi dan ia boleh membantu memperbaiki postur tulang belakang, terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja.
  • Pembedahan mungkin diperlukan dalam kes yang teruk


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply