Kecederaan yang kerap berlaku pada sendi lutut adalah, terkehel atau terseliuh.
Seseorang itu akan merasa atau mendengar bunyi “pop” dalam lutut apabila kecederaan ACL berlaku. Lutut anda mungkin membengkak, berasa tidak stabil dan menjadi terlalu menyakitkan untuk menanggung berat badan.
Bilakah rawatan diperlukan?
Kebanyakan kecederaan ligamen boleh di kenalpastikan dengan pemeriksaan fizikal yang teliti pada sendi lutut. Tumpuan di beri kepada tanda-tanda ketidak stabilan ACL. Perbandingan antara lutut yang cedera dan yang tidak cedera perlu dilakukan.
- Ujian ACL khusus: ligamen pada sendi lutut di regangkan dan ketidakstabilan ACL akan dapat di kesan.
- X-ray – menunjukkan sekiranya ada tulang patah
- Magnetic resonance imaging (MRI) scan – gambar 3D yang akan menunjukkan dengan jelas kecederaan ligament
Rawatan selepas kecederaan ACL
- Merehatkan lutut, meletakkan ais, menggunakan pemampatan lembut dengan pembalut elastik, mengangkat kaki dan mengambil ubat sakit sebagaimana diberikan oleh doktor.
- Menggunakan tongkat ketiak tetapi hanya untuk beberapa hari pertama. Jika tongkat ketiak digunakan terlalu lama, otot akan menjadi lebih lemah menyebabkan pergerakan lutut akan menjadi kaku dan terhad
- Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan. Ia bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot lutut.
- Dapatkan nasihat daripada ahli fisioterapi mengenai pergerakan yang perlu dielakkan oleh pesakit.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.