fbpx Skip to main content

Apa itu Tendonitis Hamstring?

Hamstring terdiri dari tiga otot besar yang terletak di belakang paha dan memanjang dari pinggul hingga bagian bawah lutut.

Apabila tendon hamstring terlalu banyak digunakan atau disalahgunakan, air mata kecil terjadi, menyebabkan keradangan dan kesakitan.

Kecederaan tersebut dapat terjadi apabila otot-otot pada bahagian belakang peha tertarik melebihi daripada kemampuannya.

Penyebab kecederaan Hamstring:

Kecederaan terjadi sekiranya seseorang itu melakukan gerakan pantas seperti berlari, melompat atau menendang secara tiba-tiba.

Gerakan perlahan yang memaksa otot belakang paha secara berlebihan juga dapat menyebabkan hamstring.

Gejala-gejala Tendonitis Hamstring:

  •  Mengalami kesakitan dibelakang peha secara tiba-tiba.
  •  Mengalami bengkak di bahagian hamstring.
  • Sakit ketika membengkok dan meluruskan lutut.
  • Tidak mampu berjalan jauh.
  • Otot kaki menjadi lemah.
  • Kaki yang cedera tidak dapat menampung sebarang beban.

Gejala sering bertambah buruk pada beberapa jam pertama sejurus selepas kecederaan, kemudian secara beransur-ansur berkurang. Tendon hamstring yang ketat atau meradang sering menyebabkan rasa sakit pada:

  1. Lutut
  2. Peha
  3. Punggung
  4. Punggung bawah

Pencegahan kecederaan Hamstring:

Cedera hamstring lebih mudah dicegah daripada diubati. Lakukan perkara ini untuk mengelaknya.

  • Lakukan peregangan dan latihan penguatan otot hamstring secara rutin.

Penting untuk pelari dan boleh membantu mencegah kecederaan dan kelewatan kesakitan otot apabila senaman.

  • Lakukan pemanasan sebelum dan selepas berolahraga.

Lakukan sesi ‘warm up’ atau regangan (15-20 minit) sebelum sesi latihan atau sukan.

  • Hentikan latihan jika merasakan sakit di bagian belakang paha.

Jika terasa sakit, terus berhenti dari melakukan aktiviti tersebut dan rehat. Ini adalah unutk mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk.

Tips pemulihan jika mengalami cedera

  1. Gunakan ais sebagai terapi.
  2. Berehat daripada melakukan aktiviti sukan seperti futsal.
  3. Letakkan posisi kaki lebih tinggi dengan alas seperti bantal ketika baring atau duduk.
  4. Balut kaki dengan bandage bagi mengurangkan bengkak.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply