fbpx Skip to main content

Post sebelum ni kita dah tahu serba sedikit tentang tulang scapula kan? Hari ni jom kita kenal apa itu ‘scapular winging’? 🤔

Scapular winging’ pula dikatakan apabila tulang scapula terjungkit keluar berbanding melekat rata di sangkar toraks terutama apabila menggerakkan sendi bahu.


Simptom

  1. Sakit dan sengal pada belakang bahu atau bahagian tulang belikat.
  2. Tangan rasa berat atau cepat letih.
  3. Pergerakan bahu terasa lemah.
  4. Susah untuk mengangkat tangan melebihi tahap kepala
  5. Sakit pada bahagian belakang apabila bersandar pada kerusi tinggi disebabkan tulang scapula menekan pada bahagian belakang kerusi.
  6. Terdapat benjolan pada belakang bahu (tulang scapula) apabila mencapai sesuatu di atas (contoh: menggantung gambar pada dinding).

Faktor penyebab:

 

‘Poor posture’ : postur badan yang teruk boleh mengganggu keseimbangan otot-otot pada badan.

Kerosakan pada saraf ‘long thoracic’ disebabkan oleh kecederaan pada sendi bahu atau leher, jangkitan kuman dan lain-lain.
.

Risiko tinggi

  1. ️Contact sports (contoh: sukan ragbi, tinju, sukan bola sepak).
  2. Sukan yang memerlukan ‘overhead throwing type activity’, seperti sukan bola tampar, badminton dan sukan bola jaring.
  3. ️‘Poor physical conditioning’ (kekuatan dan kefleksibelan tubuh).

Rawatan Umum

  1. Pengambilan ‘anti-inflammatory drug’ untuk mengurangkan bengkak.
  2. Senaman kekuatan yang disyorkan oleh fisioterapi.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply