Adakah anda sering mengalami masalah sakit pinggang yang berlarutan? Jika ya, teruskan membaca kerana artikel ini! Kami akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang apa itu sakit pinggang, punca-punca ia berlaku serta rawatan-rawatan yang anda boleh lakukan untuk menanganinya.
Menurut pakar perubatan, masalah sakit pinggang mungkin berlaku disebabkan oleh komplikasi di bahagian tulang, otot, organ dan kecederaan saraf. Untuk memastikan punca masalah sakit pinggang, adalah penting bagi anda untuk mengenal pasti gejalanya. Dengan ini, proses rawatan yang diperlukan akan dapat dijalankan dengan mudah.
Terdapat banyak gejala yang pesakit hadapi ketika mengalami masalah sakit pinggang, iaitu:
- mempunyai masalah tidur
- rasa sakit yang bersambung ke bahagian kaki, peha, punggung dan juga ke perut
- sukar untuk membengkokkan badan
- sukar untuk meregangkan badan
- sakit apabila berdiri dengan tegak
- kulit di bahagian belakang mengalami kemerahan
- bengkak di bahagian belakang
- kelengkungan tulang belakang
4 Faktor Utama Masalah Sakit Pinggang
Terdapat banyak faktor yang boleh mendorong kepada masalah sakit belakang. Antara faktor utama berlakunya masalah ini adalah seperti berikut:
-
Ketegangan otot
Masalah ketegangan otot juga menyumbang kepada sakit pinggang dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina.
Ketegangan otot boleh disebabkan oleh kekerapan mengangkat barang berat, membongkok atau meregangkan otot dan ligamen yang berlebihan.
Sekiranya anda terus melakukan aktiviti atau pergerakan yang menyebabkan ketegangan otot, anda akan mengalami kekejangan belakang.
-
Cakera tulang belakang tertonjol/pecah
Cakera, atau lebih dikenali sebagai disc, di bahagian belakang adalah terdedah kepada kecederaan. Risiko ini meningkat seiring bertambahnya usia.
Cakera yang tertonjol atau pecah terjadi apabila tulang rawan yang mengelilingi cakera tersebut memberi tekanan pada saraf tunjang atau akar saraf.
Kusyen yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dari kedudukan normalnya. Kecederaan cakera ini boleh mengakibatkan kesakitan yang berlangsung lebih dari 72 jam.
-
Trauma
Kesakitan di bahagian pinggang juga boleh berpunca dari trauma seperti kegiatan bersukan dan kemalangan.
Trauma yang berlaku dari situasi ini boleh menyebabkan kecederaan terhadap otot, tendon atau ligamen di bahagian pinggang.
Kecederaan ini juga boleh menyebabkan cakera tulang belakang tertonjol atau pecah.
-
Stenosis tulang belakang
Keadaan ini berlaku apabila ruang tulang belakang menyempit dan memberi tekanan pada saraf tunjang.
Stenosis tulang belakang sering disebabkan oleh degenerasi cakera antara tulang belakang. Akibatnya, berlaku pemampatan saraf tunjang oleh tulang belakang atau tisu lembut, seperti cakera.
Tekanan pada saraf tunjang menyebabkan gejala seperti:
- kebas
- Kekejangan
- Keletihan
Gejala ini boleh dirasai di mana-mana bahagian badan. Ramai orang yang menghidapi stenosis tulang belakang menyedari gejala mereka bertambah buruk ketika berdiri atau berjalan.
Cara Merawat Sakit Pinggang.
Antara cara yang anda boleh praktikkan untuk mengelakkan dan mengurangkan masalah sakit pinggang adalah seperti di bawah:
1. Melakukan senaman
Disebabkan ketidakselesaan yang dirasai, bersenam ketika mengalami sakit pinggang pasti bukan sesuatu yang anda ingin lakukan.
Namun, anda perlu tahu bahawa aktiviti ringan seperti berjalan kaki, yoga dan senaman air adalah sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami.
Ini kerana, aktiviti-aktiviti ini mampu membantu melonggarkan otot yang tegang dan mengeluarkan hormon endorfin yang berperanan sebagai ubat tahan sakit semulajadi.
Seterusnya, anda digalakkan melakukan latihan kekuatan (strength training) secara harian bagi mengekalkan otot yang fleksibel dan kuat.
Dengan menjadikan senaman-senaman ini sebagai rutin, anda dapat mencegah sakit pinggang yang disebabkan oleh otot yang tegang.
2. Guna tuam panas dan tuam sejuk
Berdasarkan kajian, antara kaedah yang efektif untuk menghilangkan rasa sakit pinggang adalah dengan menggunakan haba panas dan sejuk.
Tuam sejuk merupakan cara yang sangat berkesan untuk mengurangkan sakit dan bengkak terutamanya jika digunakan selepas kecederaan dan ketegangan otot.
Disebabkan suhunya yang sejuk dan tinggi, anda mungkin akan merasakan kebas pada bahagian yang dituam. Namun, jangan risau kerana ia hanyalah sementara.
Bagi mengelakkan kecederaan lain, anda dinasihatkan untuk tidak menuam lebih daripada 20 minit pada satu masa.
Seterusnya, anda boleh menggunakan botol atau kain yang suam bagi kaedah tuam panas. Pastikan anda berhati-hati ketika melakukannya untuk mengelakkan kulit daripada melecur.
3. Tukar kasut kepada yang lebih sesuai
Pasti ramai kurang peka bahawa penggunaan kasut yang tidak sesuai akan menyebabkan ketegangan otot terutamanya di bahagian belakang, kaki dan leher.
Kajian mendapati bahawa masalah sakit belakang adalah saling berkait dengan pemakaian kasut bertumit tinggi dalam jangka masa yang panjang.
Hal ini kerana, kasut tumit tinggi akan memberi kesan kepada postur badan yang boleh mengakibatkan masalah sakit belakang.
Bukan itu sahaja, pemakaian kasut yang terlalu rata dan tidak mengikut struktur kaki pula boleh memberi tekanan kepada kaki serta pinggul.
Oleh itu, jika anda mengalami sakit belakang yang berulang, anda seharusnya memeriksa kesesuaian kasut anda dan menukarnya kepada kasut yang menyokong kaki anda dengan elok.
4. Sapukan krim tahan sakit
Terdapat banyak jenis ubat tahan sakit yang anda boleh dapatkan di farmasi bagi melegakan masalah sakit pinggang.
Antaranya adalah krim yang mengandungi capsaicin. Capsaicin merupakan sejenis bahan yang boleh dijumpai dalam cili dan ia amat berkesan bagi mengurangkan rasa sakit.
Bukan itu sahaja, terdapat satu kajian yang membuktikan bahawa Capsaicin sangat berkesan bagi merawat osteoarthritis.
Selain itu, kandungan menthol dalam krim tahan sakit juga mempunyai kesan penyejukan yang mampu memberikan kelegaan sementara bagi sakit pinggang.
Penggunaan menthol pada kulit juga mampu menyahsensitif receptor sakit, namun penggunaannya yang terlalu kerap boleh mengakibatkan anda lebih sensitif terhadap rasa sakit.
5. Dapatkan tidur yang cukup
Tahukah anda bahawa tidur dan rehat yang secukupnya dapat mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kesihatan?
Kajian menunjukan kekurangan tidur atau tidur yang kurang daripada 7 jam boleh mempengaruhi tahap kesakitan yang dialami oleh seseorang.
Bukan itu sahaja, tilam yang tidak selesa dan saiz bantal yang tidak sesuai juga boleh mencetuskan rasa sakit pinggang.
Ini kerana, keselesaan dan postur badan semasa tidur sangat penting untuk memberikan anda tidur yang berkualiti serta membantu mengurangkan rasa sakit pinggang pada waktu pagi.
Untuk mengelakkan sakit badan atau pinggang, pastikan leher anda berada dalam postur lurus dan bantal yang digunakan mampu untuk menyokong bahagian belakang.
Sekiranya anda sering mengalami gangguan tidur dan ia mengganggu rutin harian anda, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor.
6. Rawatan Fisioterapi
Dapatkan nasihat daripada pakar dan fisioterapis sekiranya keadaan menjadi semakin teruk. Bagaiamana fisioterapi boleh membantu?
Secara mudah penulis bagitahu, fisioterapi menggunakan konsep rawatan manual terapi dan elektroterapi yang mampu membantu mengembalikan fungsi badan anda.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.