fbpx Skip to main content

Anda kerap menghadapi sakit sendi? Sakit sendi berikut menghalang anda daripada melakukan aktiviti harian?

Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan?

Jom baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut apa itu sakit sendi, jenis dan punca yang mencetuskan sakit sendi serta rawatannya. 

Apa itu Sakit Sendi?

sakit sendi

Sakit sendi merupakan sakit yang agak kerap berlaku terutamanya dalam kalangan mereka yang sudah berumur.

Namun, masalah ini juga boleh dialami oleh mereka yang pernah mengalami kecederaan di bahagian sendi.

Sendi merupakan tempat tulang berhubung antara tulang yang lain agar pergerakan dapat berlaku. 

Contohnya, sendi berada di kawasan lutut, bahu, pergelangan tangan dan juga siku. 

Jenis-jenis Sakit Sendi

Jenis utama sakit sendi ialah Rheumatoid Arthritis dan Osteoarthritis.

Dalam kategori-kategori berikut, terdapat beberapa jenis yang perlu anda tahu, antaranya:

Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis adalah penyakit menyebabkan sistem imunisasi badan seseorang individu menyerang sel badan itu sendiri.

Pada kebiasaannya, keradangan akan berlaku pada sendi di bahagian pergelangan tangan, bahu, siku dan lutut. 

Selain sendi berikut susah untuk digerakkan, ia juga akan membengkak dan anda akan merasa sakit di bahagian sendi itu.

Osteoarthritis

Untuk pesakit yang mengalami Osteoarthritis, kusyen di hujung tulang yang digelar sebagai tisu rawan (cartilage) telah menipis.

Kusyen ini berfungsi sebagai pelapik yang melancarkan pergerakan sendi.

Namun, ia akan menyebabkan ketidakselesaan pergerakan anda kerana tulang anda bergeseran antara satu sama lain.  

Gout

Jangan terkejut, Gout juga tergolong dalam kategori sakit sendi yang boleh memudaratkan jika tidak dirawat dengan pantas.

Gout ini sungguh berbisa bagi mereka yang pernah mengalaminya.

Hal ini kerana di bahagian sendi tertentu, terdapat pengumpulan asid urik yang membentuk kristal.

Pengkristalan di sendi inilah yang menimbulkan rasa pedih dan sakit.

Anggota badan yang sering menjadi mangsa penyakit Gout ini adalah ibu jari kaki. 

Gout ini akan menyebabkan sendi berikut menjadi panas, merah dan membengkak. 

Faktor Sakit Sendi Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Kecederaan atau kemalangan

Apabila anda mengalami kemalangan atau kecederaan, anda berkemungkinan akan lebih terdedah kepada masalah ini.

Hal ini kerana sendi anda adalah lebih rapuh dan kurang stabil daripada sebelum kemalangan atau kecederaan.

Jangkitan

Merujuk kepada punca kecederaan tersebut, masalah ini juga berkemungkinan berpunca daripada jangkitan.

Jangkitan-jangkitan virus dan bakteria akan menimbulkan ketidakselesaan dan keradangan dibahagian sendi yang sakit.

Genetik

Secara amnya, penyakit seperti Arthritis, Gout dan juga Spondylosis pada kebiasaannya berpunca daripada genetik seseorang individu.

Berat badan yang berlebihan

Jika anda memiliki berat badan yang berlebihan, anda perlu mula mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Hal ini kerana berat badan yang berlebihan memberikan tekanan yang tinggi terhadap sendi.

Perkara ini menyebabkan kesakitan dan keradangan dibahagian sendi yang sakit. 

Malah, boleh menyebabkan kecederaan yang lebih serius jika anda tidak memberikan lebih perhatian.

6 Rawatan Yang Anda Boleh Cuba Jika Mengalami Masalah Sakit Sendi

Sebelum anda mendapatkan rawatan daripada pakar, anda boleh mencuba beberapa rawatan berikut:

Ubat tahan sakit

Untuk melegakan sedikit kesakitan sendi yang anda alami, anda boleh mendapatkan sendiri ubat tahan sakit.

Ubat tahan sakit seperti paracetamol boleh didapatkan di farmasi berdekatan ataupun dapatkan panadol di kedai runcit berhampiran. 

Bersenam dan lakukan regangan

Lakukan senaman dan regangan ringkas secara kerap supaya ia efektif untuk rawatan.

Senaman ringkas mudah yang dapat anda lakukan di rumah termasuklah knee rolls, hamstring curls dan hamstring stretch.

Pek haba atau ais

sakit sendi

Untuk melegakan bengkak ataupun keradangan dibahagian sendi, anda boleh guna pek haba ataupun ais.

Letakkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit.

Hal ini kerana pek haba berikut dapat mengurangkan ketegangan sendi.

Manakala, pek ais dapat melegakan bengkak dan keradangan pada sendi yang pedih.

Cukupkan rehat

sakit sendi

Pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya walaupun jadual anda agak padat.

Rehat yang cukup dapat meredakan keadaan anda.

Hadkan pergerakan dan juga sebarang aktiviti harian supaya tidak timbul keradangan yang lanjut dibahagian yang sakit.

Jumpa doktor

Jika bengkak dan sakit sendi berlanjutan, segeralah berjumpa dan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Rawatan fisioterapi

sakit sendi

Terapi manual ataupun fisioterapi dapat merawat masalah ini dengan agak berkesan. 

Rawatan fisioterapi ini dapat membantu anda menggerakkan sendi dengan lebih mudah tanpa kesakitan berpanjangan.

Kesimpulannya, jangan tunggu lama untuk dapatkan rawatan masalah ini!

Sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, ia akan mengganggu keselesaan dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti harian dengan sempurna. – FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply