Anda semakin kerap sakit pinggang dan tertanya-tanya apakah punca sakit pinggang itu? Jangan risau, anda tidak keseorangan. Jika anda kini terpaksa bekerja dari rumah kerana pandemik COVID-19 yang melanda, pastinya kesakitan tersebut antara masalah harian perlu dilalui.
Tetapi kenapakah ia semakin teruk terjadi ketika anda berada di rumah dan tidak semasa di pejabat? Adakah persekitaran ketika bekerja di rumah berkaitan dengan punca sakit pinggang, belakang badan mahupun leher yang terjadi?
Apakah puncanya? Jawapannya adalah kerana rumah yang “bertukar” menjadi pejabat.
Antara faktor yang menyebabkan anda mudah untuk sakit pinggang adalah kerana :
- Posisi laptop atau computer pada aras yang salah
- Kerusi yag digunakan tidak bersuaian untuk jangka masa yang lama
- Duduk dengan posisi yang salah dengan lama
4 Tip Mencegah & Melegakan Punca Sakit Pinggang Ketika Bekerja Di Rumah
Berikut antara beberapa cara anda boleh mengatasi masalah sakit belakang, leher, mahupun bahu yang kerap terjadi akibat bekerja di rumah:
1. Bersenam
Senaman dapat membantu otot-otot yang kekejangan akibat terlalu lama duduk itu aktif kembali .Hal ini justeru akan membantu meningkatkan peredaran darah seterusnya dapat membantu menghilangkan sakit belakang.
Individu yang kurang bergerak berisiko mengalami kenaikan berat badan dan penurunan otot. Dalam masa sama, ia penyebab atau memburukkan lagi sakit otot dan sendi yang ada. Bersenam secara berkala akan mengurangkan kekerapan anda daripada mengalami sakit belakang.
Antara jenis senaman yang boleh dilakukan adalah seperti:
Berjalan
Senaman Regangan
Senaman Kekuatan
Berenang
2. Ubat Tahan Sakit
Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapat rujukan doktor sebelum mencuba sebarang ubat anti-radang nonsteroid yang lebih kuat fungsinya.
3. Pad Panas atau Ais
Meletakkan pad panas ke bahagian terjejas dapat meredakan kesakitan dan kekebasan. Anda boleh menggunakan pad panas yang boleh digunakan semula, beg gandum gelombang mikro atau botol berisi air panas .
Mandian dan pancuran air panas juga turut boleh memberikan kesan kelegaan yang sama. Selain itu, anda juga boleh pilih untuk menggunakan pek ais atau sebungkus pek kacang pis beku untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.
4. Postur Duduk
Duduk terlalu lama merupakan antara faktor biasa penyebab sakit belakang. Jadi untuk mengatasi kesakitan itu, anda disarankan untuk menjaga postur tubuh ketika duduk, tidak kira sama ada ketika bekerja di rumah, di tempat kerja ataupun semasa di dalam kereta.
Posisi duduk yang tidak selesa atau canggung boleh menjejaskan tisu lembut pada pinggul yang berfungsi menyokong tulang belakang dan sudah tentu keadaan tersebut akan meningkatkan rasa sakit pinggang atau belakang.
Kesimpulan
Bekerja di rumah semasa pandemik COVID-19 pastinya memberikan beberapa kelebihan; menambah masa berharga bersama keluarga serta dalam mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan wabak tersebut.
Namun, dalam masa yang sama, pastikan anda turut melakukan senaman ringan. Kesakitan tulang belakang mahupun sakit pinggang dapat diatasi dengan menggerakkan otot yang sakit.
Apapun, dapatkan rawatan dan nasihat pakar jika sakit belakang, pinggang, bahu dan leher yang dialami anda tidak hilang walaupun selepas mengamalkan beberapa tip berikut.
Jangan menderita dalam diam!
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.