fbpx Skip to main content

“Peritnya sakit siku tu Allah saja yang tahu!!” tipu la kalau anda tak pernah mengeluh macam ni kan?

Tambahan pula dengan sakit yang mencucuk-cucuk sampai nak tidur malam pun tak boleh. Rasa macam nak je makan ubat banyak-banyak biar hilang terus sakit tu kan?

 

4 Cara Mudah Merawat Sakit Siku

Gambar 1 : 4 Cara Mudah Merawat Sakit Siku

Haaaa sabar dulu korang, kalau dah sakit kan, macam-macam kita fikir. Nak cabut tangan lah, nak makan ubat la. Apa kata korang cuba dulu tips yang kami nak ajar ni.

Macam mana sakit siku boleh terjadi?

Aktiviti yang melibatkan pergerakan berulang dan berlebihan (overuse) akan menyebabkan tekanan pada otot siku & tendon siku serta akan menyebabkan kesakitan.

Keadaan ini akan menyebabkan pesakit berasa sakit di sekitar luar sendi siku.

‘Tennis elbow’ adalah sesuatu kondisi dimana tendon & otot pada siku mengalami keradangan atau lebih teruk lagi, tendon tersebut akan terkoyak.

Walaupun nama penyakit ini adalah ‘tennis elbow’ namun tidak semestinya pemain tennis sahaja yang mengalami masalah ini.

Akibat daripada sakit siku tersebut, pesakit akan mengalami simptom seperti:

  • Sakit pada bahagian siku
  • Lemah otot tangan
  • Ketegangan otot tangan

Terdapat beberapa cara mudah untuk merawat ‘Sakit Siku’ :

1) Rawatan Tuam Ais

Rawatan Tuam Ais

Gambar 2 : Rawatan Tuam Ais

Untuk meredakan kesakitan, pesakit dinasihatkan untuk meletakkan ais bada bahagian yang sakit kerana, ais berfungsi untuk memberi rasa kebah untuk kurangkan sakit.

Selain itu, ais juga berperanan untuk mengurangkan bengkak. Sebaiknya, pesakit perlu gunakan ais untuk 48 jam sahaja.

2) Rawatan Tuam Panas

Rawatan Tuam Panas

Gambar 3: Rawatan Tuam Panas

Penggunaan pek panas juga adalah salah satu cara untuk meredakan kesakitan. Sekiranya sakit masih lagi berterusan selepas 3 hari, pesakit perlu meletakkan pek panas pada bahagian sakit.

Pek panas berfungsi untuk mempercepatkan kadar pengaliran darah dan cecair dalam badan serta melembutkan otot yang tegang.

3) Senaman Siku

Senaman Siku

Gambar 4: Senaman Siku

Tennis elbow juga akan menyebabkan pesakit mengalami kelemahan otot lengan. Oleh itu, terdapat beberapa senaman siku yang sesuai untuk menguatkan otot lengan. Sebaiknya senaman ini perlu dipantau oleh pakar fisioterapi.

4) Rawatan Fisioterapi

Gambar 5 : Rawatan Fisioterapi

Ahli fisioterapi dapat membantu untuk menyelesaikan masalah anda. Fisioterapi akan melatih pesakit untuk menguatkan otot serta mengurangkan sakit dengan menggunakan alatan mesin khas seperti TENS & ultrasound.

Mesin tersebut berfungsi untuk mengurangkan sakit serta meningkatkan lagi proses penyembuhan tisu yang luka.

Jadi, sangat mudahkan rawatan untuk merawat ‘tennis elbow’ ni kan ? boleh kongsikan senaman ini pada teman teman anda. Segeralah merawat siku anda yang sakit.

#fisioterapi#flex_fisioterapi_kelantan #flex_fisioterapi_terengganu #flex_fisioterapi_pahang #flex_fisioterapi_kota_bharu #flex_fisioterapi_kuala_terengganu #flex_fisioterapi_kuantan# fisioterapi_kelantan #fisioterapi_terengganu #fisioterapi_pahang #fisioterapi_kota_bharu #fisioterapi_kuala_terengganu #fisioterapi_kuantan

Leave a Reply