Elektroterapi adalah aplikasi terapi dengan arus elektrik dan gelombang magnetik dalam terapi fizikal.
Kaedah ini menggunakan pelbagai mesin khusus untuk membantu merawat pelbagai masalah sakit.
Elektroterapi adalah aplikasi terapi dengan arus elektrik dan gelombang magnetik dalam terapi fizikal.
Kaedah ini menggunakan pelbagai mesin khusus untuk membantu merawat pelbagai masalah sakit.
Terapi infrared adalah salah satu jenis terapi yang menggunakan gelombang elektromagnetik infra-merah.
Infrared menggunakan lampu merah yang akan memberikan kesan pemanasan dan haba superfisial pada kawasan kulit.
Terapi infrared ini berfungsi mengurangkan sakit urat, mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan peredaran darah.
Terapi ultrasound (US) adalah salah satu jenis terapi menggunakan gelombang bunyi/ultrasound dengan frekuensi gelombang suara yang paling rendah iaitu dengan frekuensi >20,000 kali per detik/Hertz (Hz) untuk tujuan terapi dalam bidang rehabilitasi pelbagi masalah sakit.
Terapi ultrasound dapat mencapai kedalaman 2-5 cm dari permukaan kulit dengan menghasilkan getaran di dalam tisu badan lalu menghasilkan haba bagi meningkat pengaliran darah.
Antara kelebihan rawatan ultrasound :
TENS adalah salah satu peranti elektroterapi yang menggunakan dos arus elektrik yang amat kecil untuk merangsang saraf bagi mengurangkan kesakitan. Denyut elektrik daripada TENS ini menghalang isyarat sakit daripada diterima oleh otak anda. Ransangan elektrik itu menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon endorfin “rasa lega” semula jadi yang melegakan kesakitan.
Percaya atau tidak, kesan rangsangan elektrik daripada penggunaan tens sama dengan kesan ubat tahan sakit!
TENS ini sesuai untuk sakit sendi seperti angin ahmar, lumpuh, lutut bahu, belakang, sakit otot, mengurangkan bisa dan kebas pada badan, dan juga sesuai untuk pesakit strok yang anggota badannya lemah dan tidak bergerak.
Terapi lilin atau dalam bahasa inggerisnya adalah ‘WAX THERAPY’ menggunakan elemen lilin paraffin dalam membantu merawat pesakit. Ianya digunakan sebagai salah satu rawatan haba untuk merawat masalah seperti sakit arthritis, keradangan, ketegangan, kebas-kebas, kekejangan otot, dan banyak lagi.
Selain itu, haba darai wax therapy ini sakit efektif dalam meningkatkan dan melancarkan peredaran darah di kawasan yang sakit.
Antara contoh masalah sendi/ otot yang boleh menggunakan terapi lilin ini adalah:
Gun massager adalah mesin moden yang membantu melembutkan dan meleraikan urat yang bersimpul (spasm). Urat bersimpul berpunca daripada otot yang tegang dan ketat.
Kelebihan mesin ini adalah untuk mengurangkan ketegangan otot, mengurangkan sakit dan juga melancarkan peredaran darah pada Kawasan yang sakit. Selain dari melembutkan otot, Gun massager turut membantu mengurangkan parut (post-operation dan parut kemalangan), sekaligus membantu meningkatkan julat pergerakan fizikal pesakit.