TAHUKAH ANDA?

Bagi mereka yang mengalami masalah sakit kronik/sakit yang lebih daripada 3 bulan ke atas, mereka akan mengalami masalah otot tegang dan sendi yang amat keras.

Rawatan seperti urutan tradisional dan bekam tidak mampu merawat masalah sakit kronik ini. Justeru para fisioterapis kami akan merangka rawatan Rehabilitasi Intensif ini dengan menggunakan beberapa kaedah khas.

Kaedah-kaedah yang kami senaraikan dibawah berupaya untuk merawat terus pada punca sakit, sekali gus meningkatkan dan mempercepatkan proses pemulihan.

ANTARA KAEDAH REHABILITASI:

Senaman Regangan/Stretching

Senaman regangan atau “stretching” adalah senaman yang dilakukan dengan memanjangkan otot-otot bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti dalam pelbagai gerakan.

Senaman ringkas ini di mulakan dengan bahagian bawah badan dan di akhiri dengan bahagian atas. Ia merupakan senaman yang mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang kerana anda hanya memerlukan masa selama 5-10 minit.

Kebaikan Senaman Regangan

  • Meningkatkan fleksibiliti otot
  • Mengelakkan kecederaan
  • Mengurangkan ketegangan otot
  • Melancarkan perjalanan darah ke semua bahagian badan

Latihan Kekuatan (Strengthening Exercise)

Senaman kekuatan adalah aktiviti fizikal yang direka khas untuk meningkatkan kekuatan dan jisim otot. Senaman kekuatan sangat penting dalam proses pemulihan kerana ianya dapat menguatkan otot yang lemah sekali gus dapat membantu mengurangkan risiko otot tercedera.

Pelbagai Teknik akan digunakan oleh pakar fisioterapi antaranya, isometric, isotonic dan isokinetic excercises. Kekuatan otot yang bertambah sesaui dengan aktiviti harian dapat memastikan presos penyembuhan berlaku lebih pantas dan masalah sakit akan hilang dalam jangka masa panjang.

Fisioterapi akan menggunakan pelbagai alatan untuk bantu meningkatkan jisim otot, antaranya adalah sandbag, dumbell, theraband, theraputty dan sebagainya

Range Of Motion Exercise (ROM)

Latihan range of motion (ROM), atau julat senaman gerakan,adalah direka untuk membantu anda dalam memulihkan atau meningkatkan gerakan penuh dalam lenturan sendi seperti bahu, lutut, dan siku. Antara Teknik yang akan digunak oleh pakar fisioterapis adalh passive ROM, active ROM dan active assisted ROM excercises

Mereka yang mengalami kecederaan sendi, sakit selepas pembedahan (post operation), atau kekakuan sendi boleh dirawat dengan efektif dengan Latihan ROM

Setiap Latihan ini akan diawasi dan dipantau oleh fisioterapi bagi meningkatkan pergerakan sendi ke tahap maksima. Anda tidak perlu risau lagi masalah sakit sendi ketat dan sakit menggangu aktiviti harian dan ibadat anda.

Wall Bar Exercise

Pelbagai Latihan di wall bar boleh dilakukan oleh pakar fisioterapis dalam merawat masalah pesakit seperti scoliosis, ketegangan otot, masalah keseimbangan dan koordinasi pesakit.

Antara Latihan yang boleh dilakukan di wall bar adalah, latihan regangan, core/back exercise, latihan kekuatan dan hanging/swinging excercises. Disebabkan terdapat kepelbagaian senaman menggunakan wall bar, para pesakit tidak akan jemu, malah seronok melakukan pelbagai jenis latihan rehabiltasi untuk merawat masalah sakit.

Functional Training

Untuk para pesakit, khususnya pesakit stoke, kami telah merangka protokol Latihan Functional untuk anda. Di sini, Latihan fungsi yang intensif dilakukan untuk meningkatkan fungsi badan dan boleh Kembali melakukan aktiviti harian.

  • Ada yang terus teralntar atas katil
  • Ada yang mampu duduk, kaki lemah/lumpuh
  • Ada yang tidak mampu berdiri langsung
  • Ada yang mampu jalan, tapi tidak seimbang dan selalu jatuh
  • Ada yang tangan dan jari tak mampu digerakkan

Jadi Latihan intenif terutamanya 3 bulan pertama selepas strok perlu dilakukan oleh pakar fisioterpi bagi benar-benar membantu memulihkan pesakit dengan kadar segera. Fisioterapis akan memberikan Latihan mengikut kemampuan dan kapasiti setiap individu.

Disebabkan Functional training ini berbeza untuk setiap individu, kami menyarankan para pesakit dan penjaga untuk mendapatkan konsultasi fisoterapi secara percuma dahulu untuk mendapatkan penerangan jelas dari pakar fisioterapis yang merawat.

JOM BUAT TEMUJANJI BERSAMA CERTIFIED FISIOTERAPIS DAN LEGAKAN KESAKITAN ANDA

BUAT JANJI TEMUTANYA CERTIFIED FISIO