fbpx Skip to main content

Tortikolis bermaksud sebagai teleng kepala atau senget kepala yang disebabkan oleh posisi kepala dan leher yang tidak normal dan tidak simetri.

Ini adalah satu kondisi yang mengakibatkan fibrosis dan pemendekkan otot sternocledomastoid yang menyebabkan kepala berpusing ke sebelah.

Oleh itu dagu menghadap ke sebelah bahu dimana ia akan berada jauh dari otot leher yang pendek. Bahagian belakang kepala pula akan berpusing kearah yang bertentangan.

Ada beberapa kes congenital torticollis yang disebabkan oleh masalah tulang pada bahagian leher (tulang cervical). Ini dinamakan sebagai congenital malformation pada tulang leher.

Bagi bayi yang baru lahir, tortikolis boleh berlaku di dalam rahim yang disebabkan oleh kepadatan kedudukan dalam janin atau posisi yang tidak normal (seperti dalam kedudukan songsang, dimana punggung bayi menghadap saluran kelahiran bayi. Penggunaan forcep atau vakum dalam proses kelahiran bayi juga boleh menyebabkan terjadinya tortikolis. Ini dipanggil infant torticollis atau congenital muscular torticollis.

Ini adalah satu kondisi yang mengakibatkan fibrosis dan pemendekkan otot sternocledomastoid yang menyebabkan kepala berpusing ke sebelah. Oleh itu dagu menghadap ke sebelah bahu dimana ia akan berada jauh dari otot leher yang pendek. Bahagian belakang kepala pula akan berpusing kearah yang bertentangan. Ada beberapa kes congenital tortikolis yang disebabkan oleh masalah tulang pada bahagian leher (tulang cervical). Ini dinamakan sebagai congenital malformation pada tulang leher.

Jenis-jenis Tortikolis

Congenital Torticollis

  1. Congenital Muscular Torticollis

Ia berlaku dalam 0.3 hingga 2 peratus kelahiran. Punca sebenar Torticollis yang terjadi sejak lahir ini masih belum diketahui. Teori mencadangkan kecederaan semasa proses kelahiran atau kedudukan bayi semasa dalam kandungan mungkin menyebabkan ia berlaku.

Acquired Torticollis (Torticollis sekunder)

  1. Grisel’s Syndrome (akibat jangkitan kuman pada telinga atau tekak).
  2. Kecederaan pada tulang atau sendi tulang tengkuk.
  3. Kecederaan kepada otot tengkuk (Sternocleidomastoid).
  4. Ketumbuhan pada otot Sternocleidomastoid.
  5. Kecederaan pada saraf Sternocleidomastoid.
  6. Kecederaan kepada bekalan darah otot Sternocleidomastoid.
  7. Kebengkakan pada kelenjar limfa (lymph nodes).
  8. Barah otak (Posterior Fossa Tumour atau base of skull tumour).
  9. Sesetengah ubat seperti antipsychotics dan phenothiazines.

Simptom-simptom Tortikolis

  1. Tanda – tanda akan muncul apabila bayi yang mempunyai torticollis terlibat dengan mana-mana aktiviti pergerakkan. Mereka mungkin :
  • Memusingkan kepala ke satu arah (ini adalah sukar untuk dikenalpasti bagi bayi yang baru lahir
  • Lebih suka melihat anda dengan memusingkan seluruh bahu daripada mengikut pergerakkan mata
  • akan menghadapi kesukaran semasa menyusu badan ( lebih suka menyusu pada satu belah payudara sahaja)
  • berusaha untuk menoleh ke arah anda dan akan berputus asa apabila tidak dapat menoleh
    kepala sepenuhnya.
  1. Kepala yang leper (positional plagiocephaly) akan terjadi pada sesetengah bayi tortikolis apabila sering baring pada satu atau dua belah arah setiap masa.
  2. Satu ketulan atau bonggol yang lebih kurang seperti simpul juga mungkin berlaku pada paras sama dengan rahang.
  3. Sesetengah bayi akan mendapat sakit leher dan ketegangan pada pergerakkan leher sekaligus menyebabkan pergerakkannya terbatas.

Bagaimana Tortikolis akan pulih?

Kajian menunjukkan bahawa tortikolis boleh pulih dengan posisi yang betul, latihan regangan, pembetulan posisi dengan sendiri dan latihan kekuatan otot.

Secara kebiasaannya, kondisi ini akan pulih dalam tempoh 1 tahun sekiranya pembetulan posisi dan senaman dilakukan secara betul setiap hari.

Sekiranya kondisi bayi tidak pulih dalam tempoh masa yang ditetapkan, doktor akan menyarankan rawatan pembedahan untuk melonggar dan melembutkan otot yang ketat.

Langkah pencegahan

Memerhati posisi kepala bayi anda setiap hari. Sekiranya didapati posisi kepala tidak normal dan tidak simetri, sila rujuk mana-mana Pegawai Perubatan. Kondisi ini dapat dipulihkan dengan segera dan efektif sekiranya ia dikenalpasti dengan lebih awal lagi.

Kenapa Tortikolis perlu dipulihkan / dirawat?

Adalah sangat penting untuk merawat Tortikolis kerana:

  • Ia akan mengelakkan daripada berlakunya pemendekkan otot secara kekal. Kita juga dapat melihat torticollis dewasa sekiranya tidak dirawat dengan awal.
  • Mengelakkan daripada melakukan rawatan pembedahan.
  • Menngurangkan sakit leher.
  • Mengelakkan komplikasi kedua contonya seperti delayed development motor skills dan plagiocephaly

Rawatan Fisioterapi

Bayi torticollis perlu dirujuk kepada fisioterapi secepat mungkin kerana sukar untuk melakukan latihan regangan untuk kanak-kanak dewasa yang mempunyai kekejangan otot sternocledomastoid dan tahap aktiviti yang tinggi.

Ahli fisioterapi akan menilai kondisi kanak- kanak tersebut dan akan menyarankan posisi-posisi senaman atau kedua-duanya untuk bayi tersebut.

Ahli Fisioterapi akan menilai semula bayi tersebut mengikut tahap kondisinya.

Sekiranya bayi tersebut mempunyai satu bonggol kecil , dia akan menerima 1 hingga 2 kali rawatan dalam seminggu sekurang-kurangnya selama 6 sesi dan rawatannya diteruskan setiap minggu sehingga bonggol kecil itu berkurangan.

Sekiranya bayi tersebut mempunyai otot leher yang tegang tanpa bonggol, rawatan yang disarankan adalah pada setiap minggu selama sebulan diikuti dengan rawatan susulan selama 2-3 bulan.

Rawatan fisioterapi termasuk ;

  1. Regangan passive

 

2. Membantu pergerakkan leher dan kepala.

3.Senaman untuk meningkatkan keseimbangan otot.

4. Nasihat mengenai posisi dan postur kepada ibu bapa.

5. Mengajar ibu bapa mengenai senaman yang berkaitan supaya dapat dilakukan di rumah.

6. Penggunaan haba untuk mengurangkan kekejangan otot (Disarankan untuk kanak-kanak dewasa sahaja).

7. Penggunaan kolar sekiranya perlu (Disarankan untuk kanak- kanak dewasa sahaja).

Senaman regangan harus dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam selepas penyusuan. Secara kebiasaannya, senaman yang dilakukan perlukan secara perlahan dan lembut dimana ianya tidak akan menyebabkan kesakitan. Bayi akan menangis kerana latihan senaman ini akan meletakkan lehernya kepada satu posisi yang tidak normal dan tidak selesa untuk bayi tersebut.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply