Tahukah anda 6 bulan pertama selepas serangan stroke adalah waktu EMAS untuk proses pemulihan sempurna. Stroke merupakan satu serangan otak dan ia berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu.
Otak adalah pusat saraf tubuh, berfungsi mengawal setiap aktiviti yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting.
Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah ini akan terhenti, maka sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Akibatnya, bahagian otak itu akan mula mati.
Strok boleh berlaku dengan pantas dan secara senyap. Kerosakan otak ini akan menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Selain itu, bahagian sebelah tubuh mungkin lumpuh serta sikap, corak pemikiran dan ingatan turut berubah.
Gejala / Simptom-simptom Stroke
Kebiasaannya, strok berlaku dengan tanda-tanda amaran. Ia adalah sangat penting untuk mengenali tanda-tanda ini supaya kita boleh mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Anda juga mungkin boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya adalah :
- Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin bermula di bahagian muka seperti meluyut, meleleh air liur, atau berasa lemah pada tangan atau kaki.
- Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba
- Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.
- Pening, kehilangan imbangan, kekeliruan
- Sakit kepala yang melampau secara mengejut
- Rasa mual atau muntah
Komplikasi
Kesan-kesan strok bergantung kepada bahagian otak yang mana telah terjejas serta tahap kerosakannya. Bagi sesetengah orang, kesannya hanya sedikit dan mengambil masa yang cepat untuk pulih.
Manakala yang lain pula mengalami kehilangan upaya yang lebih teruk dalam jangka masa panjang. Antara komplikasi penyakit strok ialah :
Kekurangan fizikal selepas stroke
- Kehilangan pergerakan atau corak pergerakan yang tidak normal di sebelah badan (hemiplegia). Oleh kerana bahagian kanan otak mengawal bahagian kiri badan (dan sebaliknya), hemiplegia terjadi di bahagian badan yang bertentangan dengan bahagian otak yang mengalami strok.
- Koordinasi yang lemah
- Susuk tubuh yang tidak normal contohnya kehilangan jisim otot, ‘scapula winging’.
- Kesukaran bertutur dan memahami, serta membaca dan menulis.
- Tidak dapat mengawal pembuangan najis.
- Kehilangan penglihatan separa.
- Kesukaran menelan (dysphagia).
Kekurangan kognitif
- Menjadi terlalu awas, cemas dan kelam kabut.
- Mudah murung, tidak dapat mengawal emosi.
- Konsentrasi yang lemah dalam mempelajari kemahiran baru.
- Tidak dapat memahami percakapan/pertuturan.
Kekurangan tanggapan ruang – persepsi
- Tidak boleh mengagak jarak, saiz, kedudukan
- Kehilangan rasa di sebelah badan
- Kehilangan imej tubuh.
Komplikasi lain seperti:
- Kudis tekanan
- Foot drop
- Kontraktur
- Komplikasi respiratori
Tips Pencegahan Stroke
- Melebihkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah dan sayuran.
- Sentiasa memeriksa tekanan darah secara berterusan.
- Mengekalkan berat badan yang ideal kerana obesiti adalah salah satu penyebab strok.
- Aktif dalam melakukan aktiviti fizikal iaitu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Contohnya : brisk walk, Tai Chi, senaman regangan dan senaman aktif.
Bagaimana Fisioterapi membantu pemulihan Stroke:
Rehabilitasi selepas serangan strok adalah sangat penting untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi yang lebih teruk. Kesedaran masyarakat umum tentang pemulihan selepas strok adalah sangat rendah.
Kebanyakan pesakit strok hanya terlantar di atas katil tanpa mendapatkan rawatan fisioterapi. Sebaliknya, pesakit serta ahli keluarga lebih rela mendapatkan khidmat urutan tradisional berbanding perubatan moden yang telah terbukti secara saintifik.
Perkara ini berlaku apabila tiadanya pemahaman tentang konsep rawatan pemulihan bagi masalah strok di mana punca masalah adalah kecederaan pada otak.
Tempoh 6 bulan yang pertama merupakan ‘masa keemasan’ kerana ini adalah tempoh terbaik untuk rehabilitasi strok. Peluang untuk pulih adalah lebih tinggi sekiranya sesi rawatan dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang tempoh ini.
Matlamat sebenar proses pemulihan
Antara objektif bagi rehabilitasi selepas stroke ialah:
- Mempercepatkan kadar pemulihan sistem neuromuscular yang terlibat dari segi pergerakan voluntari, keseimbangan badan, koordinasi pergerakan, mobiliti dan keupayaan berjalan.
- Mengembalikan fungsi harian dengan cepat dan kebolehan bergerak yang optima dan berdikari (optimal independent functional recovery)
- Mencegah dan mengurangkan komplikasi seperti:
-
-
- Kudis tekanan
- Foot drop
- Kontraktur
- Komplikasi respiratori
-
Apabila komplikasi-komplikasi ini sudah wujud, ia akan menyukarkan serta melambatkan tempoh pemulihan pesakit.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.