Sakit leher adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher. Ia juga boleh melibatkan bahagian-bahagian lain seperti bahu, kepala dan muka.
Selalunya sakit leher bukanlah disebabkan masalah yang serius. Tetapi jika ianya terlalu sakit, berlaku secara berpanjangan dan mempunyai simptom-simptom lain, pesakit perlu berjumpa doktor dengan segera.
Gejala-gejala sakit leher:
- Otot pada bahagian leher tegang dan keras.
- Mengehadkan pergerakan kepala dan leher.
- Sakit di bahagian belakang kepala atau leher.
- Sakit di bahagian torasik, bahu atau rahang
Faktor penyebab sakit leher :
- Ketegangan otot
Postur badan yang tidak betul ketika berdiri, duduk, tidur dan lain-lain. Ia juga disebabkan duduk bekerja dimeja dalam jangka masa yang lama tanpa mengubah posisi.
- Ketidakseimbangan otot
Ketidakseimbangan otot yang terlibat selalunya disebabkan otot yang ketat dan lemah.
- Pergerakan leher laju dan kuat (whiplash)
Kecederaan leher berlaku apabila seseorang itu bergerak ke belakang dan ke hadapan dengan terlalu cepat dan kuat. Kebiasaannya berlaku ketika kemalangan dari bahagian belakang kenderaan tetapi kecederaan ini juga boleh berlaku kepada orang yang aktif bersukan seperti bola sepak atau ragbi, penderaan fizikal atau trauma lain.
Pencegahan dan rawatan untuk sakit leher:
- Pastikan amalan postur yang betul semasa duduk, berdiri, bekerja dan aktiviti-aktiviti di rumah.
Semasa baring :
- Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher.
- Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama.
- Pastikan mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher dilakukan secara berjadual untuk mencapai perkembangan yang optima.
- Rehatkan otot leher setelah lama berkerja dengan komputer atau kerja pejabat yang lain.
- Pastikan melakukan pergerakan leher secara perlahan.
Antara rawatan lain yang boleh dicuba sekiranya sakit masih menganggu:
- Letakkan ais pada kawasan yang sakit.
- Regangkan otot.
- Pengambilan ubat tahan sakit.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.