fbpx

[Aduhh..Risaunya anak dah 2 tahun, tapi berjalan pun masih tak stabil lagi…]

Masalah Gaya Berjalan (Gait) Dalam Kalangan Kanak-kanak

Masalah ortopedik melibatkan sistem yang terdiri daripada tulang, sendi dan otot yang berfungsi dibawah kawalan otak manusia. Kebanyakan masalah ortopedik adalah bersifat sementara dan hanyalah sebahagian daripada proses tumbesaran melibatkan tulang, sendi dan otot.

Walau bagaimanapun, jika masalah ini tiada perubahan selepas usia yang sepatutnya dan pada masa sama kanak-kanak berasa sakit atau kebas, masalah tersebut perlu dirawat segera.

BERJALAN Berjengket

Masalah kaki tidak lurus atau pengkar dalam kalangan kanak-kanak terutama bayi baru dilahirkan adalah perkara biasa dan kebanyakan kes tidak berbahaya, bersifat sementara dan hanya sebahagian daripada proses tumbesaran membabitkan tulang, sendi dan otot.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Masalah yang biasa dalam kalangan kanak-kanak

Kaki melengkung keluar (Bowlegs)

KAKI Melengkung Ke Luar

Ini terjadi apabila adanya jarak yang agak jauh antara lutut apabila anak anda berdiri dengan kaki dan buku lali dirapatkan (kaki kelihatan melengkung keluar).

Kebiasaannya, bayi dilahirkan dengan keadaan kaki melengkung secara normal, tapi kaki akan mula lurus apabila si kecil mula berjalan dan masalah ini akan hilang dengan bertambahnya usia.

Tetapi jika masalah ini berlanjutan apabila melepasi umur dua tahun, pemeriksaan seterusnya perlu dilakukan kerana kemungkinan ia boleh menyebabkan masalah lebih serius seperti riket dan penyakit Blount.

Kaki bengkok ke dalam (knock-knees)

KAKI Bengkok Ke Dalam

Masalah ini dapat dilihat apabila kedua-dua belah kaki bengkok ke dalam dan lutut menyentuh satu sama lain menyebabkan jurang antara buku lali apabila anak anda berdiri.

Kebanyakan kanak-kanak mengalami masalah ini di antara umur tiga hingga lima tahun. Apabila mereka berumur enam tahun, bentuk badan mereka akan lurus dengan sendirinya dan kebanyakan kanak-kanak boleh berdiri dengan kaki yang lurus.

Kadangkala kaki bengkok ke dalam patologikal akan terjadi dan jarak antara buku lali boleh melebihi 15cm. Sebaiknya, jika masalah berkenaan berterusan, bawalah berjumpa dengan doktor.

Kaki rata (flat foot)

MASALAH Kaki Rata

Ini merujuk kepada ketiadaan lengkungan semula jadi (arch) di tapak kaki anak anda antara jari-jari kaki dan tumit. Ia berlaku apabila hampir keseluruhan permukaan tapak kaki bersentuhan dengan tanah/lantai.

Ramai bayi yang dilahirkan dengan tapak kaki yang leper tetapi ia akan semakin melengkung apabila mereka mula berjalan.

Bagaimanakah masalah ini boleh dirawat?

Kaki melengkung keluar

  • Kaki melengkung keluaryang fisiologikal tidak memerlukan rawatan kerana ia akan baik dengan sendirinya.
  • Kaki melengkung keluar yang patologikal.
  • perlu dipastikan sebabnya dan boleh melakukan fisioterapi untuk membantu menguatkan otot kaki yang sudah lemah dan mengelakkan otot mengecil.
  • perlu pengawasan.
  • pembedahan mungkin diperlukan.

Kaki bengkok ke dalam

  • fisiologikal – rawatan tidak diperlukan.
  • patologikal – perlu rawatan berdasarkan sebab utamanya. Masih boleh dirawat oleh fisioterapi untuk mengurangkan sakit dan menguatkan otot-otot kaki yang lemah.

Kaki rata

RAWATAN Fisioterapi Untuk Melatih Berjalan

Masalah kaki rata boleh dibetulkan dengan melakukan rawatan fisioterapi. Tambahan pula, otot kanak-kanak masih senang untuk dibentuk dan dilentur (fleksibel) yang mudah dilentur (fleksibel). Tetapi bagi kes kanak-kanak, ia jarang menyebabkan sakit kaki atau masalah yang lain.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI