fbpx Skip to main content

Majoriti rakyat Malaysia bekerja di pejabat dan menghabiskan masa di depan computer. Kedudukan posisi yang sama pada setiap hari tanpa melakukan senaman ringan akan menyebabkan tulang belakang berada dalam keadaan tertekan. Dan tanpa sedar anda menyebabkan masalah sakit pinggang kronik.

Dan, lama-kelamaan akan merasakan sengal,sakit atau lenguh pada permulanya, biasanya ia akan dianggap perkara biasa.

Sakit pinggang disebabkan oleh masalah otot. Ia dipanggil Lumbago. Penyebabnya adalah otot belakang yang terseliuh atau ketegangan otot belakang.

Selain itu, sakit pinggang disebabkan oleh trauma. Sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh trauma ke bahagian belakang yang boleh mencederakan mana – mana organ, tulang ataupun otot di situ.

Gambar 1 : Tips nak elakkan sakit pinggang

SIMPTOM SAKIT PINGGANG

  • Rasa cucukan secara tiba-tiba, kemudian ia menjadi semakin panas
  • Menjadi sukar untuk meregangkan badan
  • Rasa kesakitan berpanjangan pada bahagian belakang badan
  • Sakit apabila berdiri dengan tegak
  • Menjadi kemerahan kulit di bahagian belakang
  • Sakit pinggang disebabkan oleh masalah tulang selalunya berada di tengah- tengah bahagian belakang.

PUNCA SAKIT PINGGANG

  • Patah tulang belakang (Spondilolisis )
  • Scoliosis (kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
  • Kyphosis (kebengokkan tulang belakang ke bawah)
  • Patah tulang rusuk
  • Kemampatan cakera intervertebral
  • Spondilosis (degenerasi cakera intervertebral)
  • Spondilolithesis (kegelongsoran tulang belakang)

CARA MENGELAKKAN SAKIT PINGGANG

Gambar 2 : Semasa baring

1) Semasa Baring

  • Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
  • Pastikan tidur tersebut tidak terlalu lembut atau tidak terlalu keras.
  • Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut

2) Semasa Berjalan

  • Postur badan ketika berdiri dan berjalan turut memberi kesan kepada tulang belakang anda.
  • Pastikan anda berjalan dengan cara yang betul iaitu dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari kaki mengarah ke hadapan.
  • Memakai kasut bertumit rendah yang selesa

3) Semasa duduk

 •         Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
•         Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang

4) Semasa Berdiri

  • Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
  • Pastikan anda berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan.
  • Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul

5) Lakukan Senaman

•         Lakukan senaman secara tetap
•         Senaman mengurangkan sakit belakang kerana ia akan menguatkan otot – otot belakang           dan juga memperbaiki posisi otot belakang. Senaman juga menguatkan tulang punggung.
•         Menjaga berat badan ia juga boleh mengurangkan tekanan atas tulang belakang.
•         Amalkan kecergasan keseluruhan


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply