fbpx


Majoriti rakyat Malaysia bekerja di pejabat dan menghabiskan masa di depan computer.

Kedudukan posisi yang sama pada setiap hari tanpa melakukan senaman ringan akan menyebabkan tulang belakang berada dalam keadaan tertekan.

Dan, lama-kelamaan akan merasakan sengal,sakit atau lenguh pada permulanya, biasanya ia akan dianggap perkara biasa.

Sakit pinggang disebabkan oleh masalah otot. Ia dipanggil Lumbago. Penyebabnya adalah otot belakang yang terseliuh atau ketegangan otot belakang.

Selain itu, sakit pinggang disebabkan oleh trauma. Sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh trauma ke bahagian belakang yang boleh mencederakan mana – mana organ, tulang ataupun otot di situ.

Gambar 1 : Tips nak elakkan sakit pinggang

SIMPTOM SAKIT PINGGANG

 •         Rasa cucukan secara tiba-tiba, kemudian ia menjadi semakin panas

•         Rasa kesakitan berpanjangan pada bahagian belakang badan

•         Menjadi sukar untuk meregangkan badan

•         Sakit apabila berdiri dengan tegak

•         Menjadi kemerahan kulit di bahagian belakang

Sakit pinggang disebabkan oleh masalah tulang selalunya berada di tengah- tengah bahagian belakang.

PUNCA SAKIT PINGGANG

•         Patah tulang belakang (Spondilolisis )
•         Patah tulang rusuk
•         Scoliosis (kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
•         Kyphosis (kebengokkan tulang belakang ke bawah)
•         Kemampatan cakera intervertebral
•         Spondilosis (degenerasi cakera intervertebral)
•         Spondilolithesis (kegelongsoran tulang belakang)

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

CARA MENGELAKKAN SAKIT PINGGANG

Gambar 2 : Semasa baring

1) Semasa Baring


•         Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
•         Pastikan tidur tersebut tidak terlalu lembut atau tidak terlalu keras.
•         Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut

Gambar 3 : Semasa berjalan

2) Semasa Berjalan


 •         Postur badan ketika berdiri dan berjalan turut memberi kesan kepada tulang belakang anda.
•         Pastikan anda berjalan dengan cara yang betul iaitu dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari kaki mengarah ke hadapan.
•         Memakai kasut bertumit rendah yang selesa

Gambar 4 : Semasa duduk

3) Semasa duduk


 •         Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
•         Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang

Gambar 5 : Semasa berdiri

4) Semasa Berdiri


•         Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
•         Pastikan anda berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan.
•         Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul

 

Gambar 6 : Lakukan Senaman

5) Lakukan Senaman


•         Lakukan senaman secara tetap
•         Senaman mengurangkan sakit belakang kerana ia akan menguatkan otot – otot belakang           dan juga memperbaiki posisi otot belakang. Senaman juga menguatkan tulang punggung.
•         Menjaga berat badan ia juga boleh mengurangkan tekanan atas tulang belakang.
•         Amalkan kecergasan keseluruhan



Nak kami beri konsultasi PERCUMA mengenai masalah anda ?

Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI



#sakitpinggang #bekerja #dudukataskerusilama #pejabat #posisi #posturduduk #sakit #berdiritegak #depankomputer #bantal #tidur