fbpx

Gambar 1 : Bahu Terkehel

Apa itu Bahu Terkehel?

Bahu adalah sejenis yang sendi bersambung antara sendi bebola dan sendi lesung atau soket. Sendi bebola ini berada di bahagia atas tulang lengan dan muat masuk ke dalam alur bilah bahu iaitu di bahagian sendi soket bahu.

Bahu terkehel ini terjadi apabila sambungan sendi bebola tersebut telah terkeluar dari soket bahu. Bahu adalah sendi yang paling mudah dan banyak arah pergerakan, yang turut menjadikannya ia mudah untuk terkehel.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Simptom-simptom apabila bahu terkehel:

  • Sakit yang teramat sangat pada bahu.
  • Bengkak atau lebam
  • Bahu yang kelihatan seolah-olah cacat atau tidak normal
  • Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi
  • Rasa kebas, kelemahan pada lengan, kesemutan, atau otot-otot di kawasan bahu merasa kekejangan.

Antara punca bahu terkehel adalah disebabkan oleh:

  • Kecedaraan akibat sukan

Gambar 2 : Kecederaan Sukan

Antara sebab bahu boleh terkehel adalah daripada sukan sentuhan seperti bola sepak, hoki, bola tampar dan sukan yang mungkin melibatkan keadaan terjatuh, seperti bermain ski menuruni bukit atau gimnastik.

  • Kecederaan yang tidak melibatkan sukan

Gambar 3 : Kemalangan kenderaan

Hentakan yang kuat di bahagian bahu semasa berlaku kemalangan jalanraya atau kemalangan kenderaan bermotor.

  • Kecederaan akibat jatuh

Gambar 4 : Kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi

Bahu anda juga boleh terkehel sekiranya anda terjatuh dari tempat yang tinggi seperti jatuh dari tangga.

Cara rawatan sakit bahu terkehel

  • Penarikan / pelarasan (reduction) sendi

Doktor akan mencuba beberapa pergerakan yang lembut untuk membantu tulang bahu dan lengan anda kembali ke posisi yang betul. Ia bergantung kepada tahap kesakitan dan bengkak.

  • Senaman bahagian bahu

Kestabilan sendi bahu bergantung pada otot-otot yang kuat pada sekelilingnya. Adalah sangat penting untuk memulihkan dan menguatkan otot-otot di bahagian bahu bagi mengelak bahu terkehel berulang. Senaman Fisioterapi akan mengurangkan ketidakselesaan bahu serta akan memulihkan kefungsian bahu.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#bahu #terkehel #bahu terkehel #simptom #punca #sukan #kemalangan #jatuhtangga #sendi #kesihatan #senaman #fisioterapi #fisioterapiKelantan #fisioterapiTerengganu