Pernah tak anda mengalami sakit pada tulang scapula atau dipanggil tulang kipas? Dan kadang-kadang terasa sakit pada bahagian bahu atau leher?
Haa..tahu tak itu adalah simptom ‘scapular winging’?
Sebelum kita mengenali lebih lanjut tentang ‘scapular winging’, apa kata kita kenal dulu tulang scapula
Mana terletaknya tulang kipas?
Scapula atau tulang kipas berada pada bagian atas dan belakang sangkar toraks, menempati ruang dari rusuk ke dua sampai ke tujuh, dan membentuk bagian belakang bahu.
Tulang ini adalah tulang leper yang berbentuk lebih kurang segi tiga.
Scapula dan lengan disambungkan ke badan dengan pelbagai otot dan ligamen. Sendi bahu yang terbentuk di antara scapula dan lengan dipanggil sendi bola dan soket.
Bahagian hadapan scapula (acromion) juga dihubungkan dengan tulang selangka (collarbone) melalui sendi acromioclavicular.
Permukaan anterior, menghadap ke arah tulang rusuk dan melintasi arah tulang rusuk.
Permukaan posterior pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu superior yang disebut ‘supraspinous fossa’ dan inferior ‘infraspinous fossa’.
Apabila anda menggerakkan lengan anda ke seluruh badan anda, scapula anda juga mesti bergerak untuk mengekalkan sendi bahu (bola dan soket) dalam keadaan normal.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.