fbpx

Sakit pinggang merupakan masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia, kebanyakan sakit ini dialami oleh golongan pekerja di pejabat, mereka yang sering mengangkat beban berat atau memandu terlalu lama.

Pengetahuan tentang punca sakit pinggang serta cara menghilangkan kesakitan adalah penting untuk memastikan masalah dapat dirawat.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui beberapa simptom sakit pinggang serta rawatan terbaik untuk mengatasi kesakitan ini.

 

Punca Sakit Pinggang 

 

sakit belakang

 

Lazimnya, punca berlakunya sakit pinggang bermula pada anggota-anggota badan seperti di bahagian tulang, otot, organ dalaman tubuh.

Sekiranya ia berpunca daripada otot, ia disebabkan oleh otot belakang yang terseliuh dan ketegangan otot. Masalah ini juga digelar sebagai lumbago.

Bagi yang berkaitan dengan tulang, ia berpunca akibat beberapa keadaan seperti patah tulang belakang, patah tulang rusuk, kebengkokan tulang belakang dan pengecutan cakera intervertebral.

sakit belakang

 

Bagi sakit pinggang kerana masalah organ pula, antaranya boleh  daripada infeksi, batu karang dan masalah rahim dan ovari bagi kalangan wanita.

Sakit belakang yang disebabkan trauma pula terjadi akibat kecederaan mana-mana organ, tulang dan otot di bahagian berkenaan.

Simptom Sakit Pinggang

 

sakit belakang

 

Di antara beberapa gejala yang mungkin dialami oleh mereka yang menderita masalah ini adalah:

  1. Sakit pinggang yang berterusan sehingga ke kaki, peha, punggung dan perut.
  2. Sukar meregangkan dan membengkokkan badan
  3. Sukar untuk tidur
  4. Bengkak dan kemerahan di bahagian belakang
  5. Kelengkungan tulang belakang

 

Senaman Untuk Melegakan Sakit Pinggang 

 

Bagi mereka yang sering mengadu sakit pinggang, memang tidak dinafikan sukar melakukan pekerjaan dan rutin harian. Pesakit akan sukar memandu, duduk dan berdiri terlalu lama dan sukar untuk tunduk untuk mengambil barangan yang jatuh.

Sakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja, tanpa mengenal umur dan jantina serta gaya hidup.

Ada lima (5) senaman mudah yang boleh anda lakukan dan berkesan untuk membantu mengurangkan rasa sakit pinggang.

 

  • Senaman Pertama

 

sakit belakang

 

Dalam posisi berbaring lurus, hulurkan tangan kiri ke arah kiri. Manakala anda regangkan kaki kanan supaya ia lurus. Halakan lutut kanan ke arah kanan supaya dapat menyentuh tangan kanan anda.

Cuba bertahan dalam masa 20 saat.

Ulang senaman ini pada lutut kira pula.

 

  • Senaman Kedua

 

sakit belakang

 

Dalam posisi berbaring, bengkokkan kaki kiri pada lutut, manakala hulurkan kaki kanan di atas kepada dan pegang kaki kanan dengan kedua-dua tangan di bawah lutut, kemudian tarik ke arah anda.

 Bertahan dalam 30 saat dan ulang senaman ini sebanyak dua kali pada setiap kaki.

 

  • Senaman Ketiga

 

sakit belakang

 

Secara berdiri di hadapan meja yang lurus selari dengan ketinggian bahu dengan jarak satu tangan. Kemudian bengkokkan badan ke hadapan sehingga kedua-dua tangan boleh menyentuh hujung meja.

Bertahan dalam posisi ini dalam 10 saat.

Kemudian berdiri tegak dan bengkokkan badan ke kiri dan kanan.

 

  • Senaman Keempat

 

sakit belakang

 

Rujuk seperti gambar di atas, julur kaki kanan ke belakang badan.

Bertahan dalam posisi ini dalam masa 30 saat dan ulang senaman yang sama pada kaki kiri.

 

  • Senaman Kelima

 

sakit belakang

 

Dalam posisi berbaring, bengkokkan kedua-dua kaki anda pada lutut. Genggam kaki kanan pada lutut dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan dalam masa yang sama tarik ke arah badan.

Bertahan dalam tempoh 20 saat.

Ulang senaman yang sama sebanyak dua kali pada kedua-dua belah kaki.

 

Jenis Regangan Untuk Melegakan Sakit Pinggang Buat Ibu Hamil

 

sakit belakang

 

Bagi ibu yang hamil, sakit belakang sering terjadi kepada mereka berikutan perubahan bentuk badan dan saiz kandungan yang semakin membesar.

Bagi mengurangkan rasa sakit pinggang, ibu hamil disarankan untuk melakukan senaman ringan.

 Antara contoh senaman ringan buat ibu hamil adalah:

Humping and hollowing dengan posisi merangkak, di mana anda perlu bongkokkan badan anda dengan membentuk bonggol di bahagian atas (lihat gambar).

sakit belakang

Kemudian, secara perlahan-lahan, bengkokkan badan ke arah bertentangan dan pastikan punggung anda menghala ke luar (lihat gambar).

sakit belakang

Selain perlu mengelakkan dari mengangkat benda-benda berat, ibu hamil juga perlu memakai kasut yang selesa, iaitu tidak terlalu rata dan tidak terlalu tinggi untuk menguranglan tekanan pada bahagian belakang badan.

Selain beberapa senaman yang disebutkan di atas, anda boleh menyelesaikan masalah sakit pinggang dengan kaedah alternatif iaitu fisioterapi.

 

sakit belakang

 

Dapatkan Rawatan Sakit Pinggang di Flex Physiotherapy

sakit belakang

 

Sekiranya anda sedang mencari tempat untuk konsultansi dan rawatan sakit pinggang, hubungi Flex Physiotherapy.

 Mereka terdiri daripada ahli fisioterapi yang pakar dalam merawat masalah sakit sendi, sakit belakang, slip disc, pemulihan selepas pembedahan, kecederaan sukan, strok, Sindrom carpal tunnel dan pelbagai lagi. 

Flex Physiotherapy menggunakan teknik ‘hands-on’ seperti:

  • joint mobilization,
  • trigger point release,
  • cyriax dan
  • mulligan.

Rata-rata pesakit yang telah mendapatkan rawatan di sini amat berpuas hati dan kini kembali dengan kesihatan yang baik.

 

sakit belakang

sakit belakang

sakit belakang

sakit belakang