fbpx Skip to main content

Ankylosing Spondylitis adalah penyakit radang yang lama kelamaan boleh meyebabkan tulang belakang bercantum. Penggabungan ini menjadikan tulang belakang kurang fleksibel dan boleh menyebabkan sesorang itu mempunyai postur membongkok ke hadapan (hunched-forward posture).


Jika penyakit ini mempengaruhi tulang rusuk, ia akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk bernafas.


Ankylosing Spondylitis mempengaruhi orang lelaki lebih daripada orang wanita. Penyakit artritis ini biasanya menyerang orang muda yang berusia akhir remaja atau awal dewasa. Tanda-tanda awal penyakit artritis itu pada usia awal 20-an. Keradangan boleh juga terjadi pada organ-organ lain contohnya mata, jantung dan paru-paru. 

Simptom Ankylosing Spondylitis

Tanda-tanda awal Ankylosing Spondylitis adalah sakit dan rasa kaku di bahagian belakang badan dan paha terutamanya pada waktu pagi. Boleh juga terjadinya lenguh dan sakit di bahagian leher. Dari masa ke masa, tanda-tanda mungkin bertambah teruk, semakin baik ataupun berhenti pada waktu yang tidak menentu. Segelintir pesakit juga akan mengalami tanda-tanda seperti demam, keletihan dan hilang selera makan.

Antara kawasan yang turut terkena adalah:

+ Sendi di antara tulang belakang dan tulang pinggul.

+ Tulang vertebra di belakang.

+ Tempat di mana tendon dan ligamen anda melekat pada tulang, terutamanya di tulang belakang anda, tetapi boleh juga berlaku di sepanjang belakang tumit.

+ Tulang rawan antara tulang dada dan tulang rusuk.

+ Sendi paha dan bahu.

Apa yang penting dalam mengenal pasti simptomnya ialah kesakitan akibat Ankylosing Spondylitis berlaku ketika seseorang itu berada dalam keadaan rehat.

Sebab utama berlaku

Penyebab ankylosing spondylitis tidak diketahui , namun kemungkinan adalah gen ( dari orang tua ke anak ) dan lingkungan . Gen utama yang berkait dengan risiko ankylosing spondylitis bernama HLA‐B27 . Namun, memiliki gen ini bukan bererti kita akan mengalami ankylosing spondylitis juga .

Faktor Risiko Ankylosing Spondylitis

Terdapat banyak faktor yang dapat meningkatkan risiko ankylosing spondylitis, antaranya termasuk:

  • Jantina : Lelaki lebih berisiko daripada perempuan
  • Umur : Penyakit biasanya bermula dari awal remaja
  • Genetik : Orang dengan HLA‐B27, IL23R dan ERAP1 berisiko lebih tinggi

Komplikasi berlaku

Komplikasi yang mungkin terjadi termasuklah:


1. Keradangan mata (uveitis). Salah satu komplikasi yang paling biasa ialah uveitis yang boleh menyebabkan kesakitan mata cepat berlaku, sensitif terhadap cahaya dan penglihatan menjadi kabur. Berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami simptom ini.

2. Compression fracture. Sesetengah tulang manusia menipis semasa peringkat awal. Tulang vertebra yang lemah akan meningkatkan postur membongkok. Tulang vertebra yang patah juga boleh memberi tekanan dan mungkin mencederakan saraf tunjang dan saraf yang melalui tulang belakang.

3. Masalah jantung. Ankylosing spondylitis boleh menyebabkan masalah kepada aorta iaitu arteri terbesar dalam badan. Keradangan pada aorta boleh membesar sehingga mengganggu bentuk injap aorta di dalam jantung, yang merosakkan fungsinya.

Rawatan Fisioterapi

Rawatan fisioterapi dan senaman merupakan rawatan asas kepada pesakit Ankylosing Spondylitis. Doktotr akan memberikan ubat kepada pesakit ini sebelum menjalani fisioterapi bertujuan untuk mengurangkan keradangan. Setelah keradangan dapat dikurangkan melalui ubat, pesakit akan menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan sakit yang dialami serta memobilasikan sendi-sendi.

Fisioterapi merupakan rawatan yang penting dan paling berkesan diikuti dengan berenang. Aktiviti berenang amat bagus kerana kesemua otot dan sendi bekerja dalam impak yang rendah. Selain itu, senaman regangan, yoga dan pilates juga membantu dalam merawat pesakit Ankylosing Spondylitis.

Secara amnya, senaman yang memberikan impak tinggi seperti berjogging adalah tidak digalakkan dan perlu dihadkan kerana aktiviti ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk dan ketegangan pada otot. Bukan sahaja senaman, bahkan pakar dalam penyakit Ankylosing Spondylitis mengatakan bahawa postur yang baik dapat mengurangkan risiko tulang belakang bercantum atau membengkok yang banyak dalam kalangan pesakit Ankylosing Spondylits.- FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply